Kepa Arrizabalaga berjaya memastikan gawang Chelsea tidak dibolosi ketika aksi berdepan Barnsley tempoh hari dan sekaligus membantu pasukannya mara ke peringkat suku akhir Piala FA.
Ianya merupakan penampilan ketujuh penjaga gol Sepanyol tersebut pada musim ini selepas beliau telah pun diketepikan dari posisi penjaga gol utama.
Wajib tekan pautan dibawah:
Prestasi mengecewakan Kepa sejak tiba di Stamford Bridge telah dikritik oleh pelbagai pihak termasuklah penyokong Chelsea sendiri walaupun beliau merupakan pemegang rekod penjaga gol termahal dunia selepas dibeli dari Athletic Bilbao dengan nilai £72 juta pada 2018.
Frank Lampard sendiri tidak mampu bersabar dengannya sehingga memaksa pihak pengurusan kelab untuk mendapatkan penjaga gol baharu dan prestasi cemerlang Edouard Mendy yang tiba dari Rennes pada awal musim ini dilihat menutup peluang Kepa untuk kembali ke kesebelasan utama.
Penjaga gol berusia 26 tahun itu tentunya mengharapkan ketibaan Thomas Tuchel dapat memberikan sedikit sinar harapan buat dirinya untuk membuktikan beliau mampu kembali ke prestasi terbaik yang pernah dicapai.
“Apa yang baik untuk dia adalah kami boleh buka buku baharu, ini adalah permulaan baharu untuknya kerana saya tidak pernah ada sejarah apa-apa dengannya,” ujar Tuchel ketika ditemubual The Telegraph.
“Jadi saya harap dia tidak mengalami sebarang kesukaran untuk kembali bangkit, saya yakin dan percaya hari itu akan tiba.”
Pihak pengurusan Chelsea tentunya gembira jika Tuchel dapat memberi sokongan dan mengembalikan prestasi terbaik Kepa selari dengan tag harganya yang tinggi.
“Tidak kiralah kita belinya dengan harga yang ‘gila’, atau dia produk akademi, atau dia pemain ejen bebas, semua pemain berhak menerima peluang yang sama. Menjadi tugas kita semua untuk mendorongnya ke tahap terbaiknya.
“Saya melihatnya sebarang seorang pemain yang baik, mempunyai personaliti yang bagus. Dia seorang yang bekerja keras dan tentunya memiliki kualiti yang tinggi. Jadi dia berhak untuk berada bersama pasukan ini.”
No comments:
Post a Comment