SEGMEN: SEJARAH KELAB (LIVERPOOL FC) - Info Semasa

Breaking

Tuesday, 23 July 2019

SEGMEN: SEJARAH KELAB (LIVERPOOL FC)

                                                      sumber: www.irishtimes.com

SEGMEN : SEJARAH KELAB (LIVERPOOL FC)

Jarak stadium Anfield dan stadium Goodison Park hanyalah 1.4 kilometer sahaja dan sangat dekat.

mahu tahu sejarah mereka?

Liverpool dan Everton adalah sebuah kelab yang sama pada satu masa dahulu. Dulu Everton saja yang ada . Namun suatu hari berlaku perbalahan antara lembaga pengarah kelab Everton dengan John Houlding iaitu seorang pemilik tanah di Anfield.

Mereka membuat keputusan untuk berpisah akhirnya Everton berpindah ke Goodison Park . Manakala John Houlding tubuhkan kelab baru di beri nama Everton Athletic yang terus bermain di  Anfield tak lama selepas itu nama kelab Everton Athletic tersebut ditukar menjadi Liverpool FC dan sampailah sekarang. Liverpool FC dan Everton mereka masih lagi musuh ketat.

Oleh kerana kaitan kuat dengan kelab Everton satu masa dahulu, Liverpool punya jersi Adalah berwarna biru sejak mula-mula penubuhan kelab tersebut . Namun kemudian di tukar jadi warna merah hingga ke hari ini.

                                                  sumber:news.cision.com

Burung yang ada pada logo kelab Liverpool di kenali sebagai Liverbird. Liverbird adalah seekor burung mythical yang melambangkan bandar Liverpool di England. 

Liverbird bagaikan ikon dan mercu tanda tradisi yang popular di Liverpool.

                                         sumber:www.thesouthafrican.com

Liverpool adalah kelab England paling berjaya di pentas Eropah. Mereka menang 12 trofi keseluruhan iaitu 6 Liga juara-juara Eropah (UEFA CHAMPIONS LEAGUE), 3 UEFA CUP/ UEFA Europa League dan 3 UEFA Super Cup. 

Liverpool masih di atas Manchester United yang ada 7 koleksi trofi eropah ieaitu 3 UEFA Champions League , 1 UEFA Cup/UEFA Europa League , 1 UEFA Super Cup dan 2 lagi trofi Eropah yang kini sudah tidak wujud.

                                                     sumber:twitter.com/brfootball

Liverpool dan Manchester United adalah musuh tersangat ketat.

Kawan baik pun boleh bergaduh bila seorang sokong Liverpool lagi seorang sokong Manchester United tengok bertapa mereka ini musuh ketat. 

Dan sekarang Liverpool dan Manchester United sama dalam jumlah koleksi kejuaraan sepanjang sejarah sebabnya Liverpool dah menang 42 trofi iaitu sama jumlah dengan Manchester United.

Kedua-dua kelab ini adalah kelab England paling berjaya dalam sejarah dan tak di nafikan lagi mereka antara paling popular antara yang lain..

                                                       sumber:www.sportsjoe.ie

Papan tanda This Is Anfield di stadium Anfield sangat popular sebab selalunya sentuh benda tersebut sebelum keluar menuju ke arah padang kerana ianya tradisi turun temurun di sana ibarat ambil berkat sebelum keluar ke padang.

Namun sejak Jurgen Klopp sertai Liverpool pada tahun 2015, Beliau menyeru para pemainnya untuk elak sentuh papan tanda This Is Anfield tersebut sebagai tanda hormat . Beliau pesan mereka boleh sentuh papan tanda tersebut jika sudah menang trofi. 

Bayangkan bertapa para pemain Liverpool berebut-rebut sekarang sebab sudah boleh pegang papan tanda keramat tersebut.

                                                              sumber:www.liverpoolecho.co.uk

Liverpool hampir pernah jatuh bankrupt pada tahun 2010 akibat kewangan tidak di urus dengan baik . Mereka banyak kali turun naik mahkhamah akibat masalah kewangan yang sangat serius itu.

Namun berjaya di selamatkan oleh John Henry, pemilik kelab sekarang yang susah payah berusaha meyakinkan pihak mahkhamah dengan plan kewangan yang strategik dan akhirnya berjaya beli Liverpool pada tahun tersebut. John Henry adalah ahli perniagaan berjaya dari Amerika Syarikat yang juga pemilik kelab baseball popular di sana iaitu Red Sox. 

No comments:

Post a Comment