Cech Lebih Hebat Daripada Kepa Semasa Latihan - Info Semasa

Breaking

Friday, 30 October 2020

Cech Lebih Hebat Daripada Kepa Semasa Latihan

 




Cech Lebih Hebat Daripada Kepa Semasa Latihan



Bekas penjaga gol Chelsea, Mark Schwarzer mendakwa legenda Chelsea Petr Cech beraksi lebih baik daripada dua penjaga gol Kepa Arrizabalaga dan Willy Caballero semasa sesi latihan.

Seperti yang diketuhui, Cech sebagai jurulatih penjaga gol Chelsea telah disenaraikan sebagai penjaga gol sandaran buat The Blues sebelum kedatangan Edouard Mendy baru-baru ini.

Prestasi Kepa di Chelsea terus menjadi pertikaian selepas melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge pada dua tahun lalu sebagai penjaga gol termahal dunia dan tidak lagi dipercayai untuk menjadi pilihan utama di bawah kendalian Frank Lampard.

Malah beliau juga telah kehilangan tempat kepada penjaga gol veteren Willy Caballero. Namun kehadiran Mendy nampaknya telah membawa rahmat yang besar buat pasukan berkenaan selepas berjaya merekodkan tiga perlawanan tanpa bolos setakat ini.

Cech dipercayai merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengatur pembelian Mendy daripada Rennes di mana beliau juga telah membuat langkah yang sama pada tahun 2004 yang lalu.

Wajib Baca Pautan dibawah:



Menurut Scwarzer, Cech perlu menampilkan aksi terbaiknya ketika sesi latihan Chelsea untuk ‘mencabar’ Kepa dan Caballero sehinggakan prestasinya dilihat jauh lebih baik daripada dua penjaga gol tersebut.

“Pada saya, sebelum Mendy tiba, dia lebih baik daripada dua penjaga gol Chelsea itu,” ujar Schwarzer ketika ditemubual oleh Optus Sports menerusi panggilan video.

Bekas penjaga gol Australia itu turut mendedahkan perbualannya dengan Cech yang mengatakan beliau rasa fizikalnya telah bertambah baik terutamanya dalam beberapa tahun ini.

“Dia mendakwa yang badannya kini bertambah baik dan mengatakan jika dia tahu dengan berehat dia boleh kembali mendapatkan tahap kecergasannya, dia hanya perlu berehat selama enam bulan dan tidak perlu bersara.

“Dia percaya yang dia cukup cergas dan cukup bagus untuk kembali bermain di Liga Perdana Inggeris.”

Sebelum mengakhiri kariernya di Arsenal, bekas penjaga gol Republik Czech itu telah dilanda beberapa siri kecederaan termasuk di bahagian buku lali dan pehanya.


Sumber artikel: semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment