MENGGUNAKAN PEMAIN MUDA, LIVERPOOL TERPAKSA AKUR DI VILLA PARK - Info Semasa

Breaking

Tuesday, 17 December 2019

MENGGUNAKAN PEMAIN MUDA, LIVERPOOL TERPAKSA AKUR DI VILLA PARK



MENGGUNAKAN PEMAIN MUDA, LIVERPOOL TERPAKSA AKUR DI VILLA PARK 







Liverpool hanya menggunakan pemain mudanya untuk berlawan dengan Aston villa di Piala Carabao terpaksa akur di suku akhir dengan kekalahan 5-0 di Stadium Villa Park. Liverpool yang mempunyai 24 jam perlawanan membuatkan mereka terpaksa lepaskan Piala Carabao itu memberi fokus kepada Kelab Piala Dunia FIFA di Qatar.

Pemain Liverpool yang bermain di Piala Carabao yang di bimbing oleh Neil Critchley terpaksa menerima kekalahan ini  tetapi beliau berkata beliau sangat kagum dengan peminat Liverpool yang tunggu sampai habis perlawanan dan sentiasa sokong pemain muda Liverpool yang berlawana dengan Aston Villa. 

Aston Villa membelasah Liverpool dengan 5-0 hasil jaringan pada minit 14' yang di jaringkan oleh Conor Hourihane dan di sambung pada minit ke 17' dengan jaringan sendiri oleh pemain Liverpool iaitu Morgan Boyes. Aston Villa terus menambahkan lagi derita pemain muda Liverpool yang di jaringkan oleh Jonathan Kodija pada minit 37' dan 45'.

Masuk babak kedua Aston Villa memperlahan rentak serangan dan hanya menjaringkan pada minit terakhir perlawanan pada minit ke 90+2 oleh Wesley Moraes. Walau bagaimana pun pemain muda Liverpool mempunyai peluang juga untuk membuat serangan dan menghasilkan gol namun gagal menembusi gawang Aston Villa sehinggalah wisel penamat di tiupkan tetapi pemain muda Liverpool harus di bagi pujiaan kerana bermain dengan baik cuma nasib tidak menyebelahi mereka. 

No comments:

Post a Comment