KETIADAAN VAN DIJK MEMBUATKAN LIVERPOOL KERJA KERAS UNTUK KE FINAL PIALA DUNIA KELAB
Percaturan Klopp jelas mengundang banyak masalah di pertahanan Liverpool terutama sekali menjadikan Adam Lallana sebagai pemain tengah defensif. Liverpool bermula dengan intensif dalam perlawanan ini, namun mereka sentiasa berhadapan dengan unit pertahanan yang ramai dan agresif di blok rendah. Mohamed Salah ternyata sukar untuk melakukan banyak aksi dengan corak pertahanan yang agresif pasukan lawan. Namun pemain itu tetap berjaya melepaskan satu hantaran licik kepada Naby Keita. Salah menerima bola daripada Milner dan beliau melepasi Leonal Vangioni. Salah melihat gerakan Keita dan menghantar kepada pemain tersebut dan Keita menyempurnakan gol tersebut.
Namun gol itu tidak bertahan lama. Rodolfo Pizarro dikasari oleh James Milner. Ia membolehkan pasukan lawan mendapat sepakan percuma. Jesus Gallardo melakukan voli deras namun di hadang oleh Allison tetapi Rogelio Funes Mori melakukan susulan jarak dekat gol penyamaan. Kehilangan Virgil Van Dijk jelas sekali dirindui oleh Liverpool yang sukar untuk bertahan bola tinggi.
Penyerang kebangsaan Brazil iaitu Roberto Firmino menyempurnakan gol hasil umpanan yang secantik itu. Firmino Menjaringkan gol tersebut pada masa kecederaan. Liverpool menang 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir menentang pasukan Flamengo pada 21 Disember ini.
No comments:
Post a Comment