LJUNGBERG PERJELASKAN KENAPA TIDAK GANDINGKAN LACAZETTE DAN AUBAMEYANG
Pengendali Interim pasukan Arsenal itu Freddie Ljungberg mungkin telah melakukan perkara yang kurang digemari oleh penyokong Arsenal iaitu tidak menggandingkan Pierre Emerick Aubameyang dengan Alexandre Lacazette.
Sebelum ini Unai Emery mendapat kecaman kerana kerapkali tidak menurunkan 2 pemain itu bersama dalam satu pasukan. Dalam aksi bertemu dengan Manchester City, Ljungberg mengeluarkan Mesut Ozil seawal minit ke 59' dan memasukkan Emile Smith Rowe. Perkara yang sama juga kerap dilakukan Unai Emery di mana pengendali itu dahulu menjelaskan Mesut Ozil bukan pemain yang dinamik untuk high tempo press dan seringkali malas melakukan pressing dan bertahan.
Selepas tamat aksi Arsenal lawan Manchester City, wartawan Beln bertanya, kenapa Ljungberg memasukkan Emile Smith Rowe dan bukannya Alexander Lacazette untuk mengantikan Mesut Ozil?
Ljungberg berkata: "Kami perlukan keseimbangan di dalam pasukan. Sebelum ini kami pernah mengunakan Aubameyang dan Lacazette bergandingan di atas padang, dan kami menjadi sangat rapuh di bahagian pertahanan." Sudah tentunya mereka berdua pemain yang sangat hebat dan saya pun mahu melihat kedua-duanya ada di atas padang. Namun kami sangat rapuh secara defensif."Lalu kami melakukan perubahan ketika menentang West Ham, Mengeluarkan salah seorang daripadanya dan kami berjaya membentuk permainan yang lebih terurus dan jelas sekali kami bermain lebih baik ketika menentang West Ham dan berhak memenanginya."
Ljungberg menegaskan lagi: "Dan ya sudah pastinya berhadapan dengan pasukan seperti Manchester City, anda harus melakukan 'set up' yang terbaik. "Berhadapan dengan De Bruyne yang bermain sangat baik menjaringkan gol pada permulaan perlawanan."Tidak ramai pemain boleh menjaringkan gol daripada kedudukan seperti itu, ianya Voli dari luar kotak dan bola menuju ke penjuru atas gol." Dan selepas kami ketinggalan 2 dan 3 gol pada awal perlawanan , ianya sangat sukar untuk kami bangkit." Kami bermain juga dalam situasi, namun apabila ketinggalan 3 gol, ianya sangat sukar."Dan kemudiannya kami memasukkan pemain-pemain muda kerana mahu menyuntik aksi bertenaga."
Berkenaan dangan isu pengurusan, Freddie Ljungberg sekali lagi menyerahkan perkara itu kepada pengurusan tertinggi pasukan. Beliau sentiasa terbuka cuba membantu pasukan Arsenal dengan sedaya upaya. Ljungberg masih berharap Arsenal dapat melantik segera pengurus tetap. Ini kerana, sebelum ini beliau menegaskan kekangan seorang pengurus interim dalam polisi yang ada di Arsenal amat menyukarkan semua pihak. Arsenal tidak membenarkan interim membawa masuk staf tambahan. Sedangkan ketika ini mereka kekurangan staf dan terpaksa meminjam pengurus akademi, Per Mertesacker sebagai pembantu pengurus.
No comments:
Post a Comment