Mohamed Salah boleh menjawab persoalan mengenai kesetiaannya terhadap Liverpool dengan membalas dendam saat paling menyakitkan dalam kariernya apabila bintang Mesir itu berdepan Real Madrid pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.
Salah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penyokong Liverpool baru-baru ini apabila dia enggan menolak kemungkinan akan bermain di kelab Sepanyol dalam tempoh terdekat.
Sila tekan pautan dibawah:
Salah yang bercakap dengan akhbar berpangakalan di Madrid, Marca pada ketika itu hanya meningkatkan spekulasi bahawa dia mahu mencipta asas bagi berhijrah ke Real Madrid.
"Saya harap akan dapat bermain untuk tempoh yang lama. Kenapa tidak? Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, jadi mungkin satu hari nanti, betul. Ia bukanlah terpulang kepada saya," kata Salah ketika ditanya sama ada dia berminat bermain dalam bola sepak Sepanyol.
Kenyataan Salah adalah sama dengan diberikannya kepada satu lagi penerbitan Sepanyol pada Disember apabila dia ditanya mengenai potensi perpindahan ke La Liga.
"Saya rasa Madrid dan Barcelona adalah dua kelab utama," katanya kepada AS.
"Saya ada motivasi istimewa untuk menang saingan ini dan mara ke separuh akhir," kata Salah kepada Marca mengenai pertembungan semula dengan Real itu.
Bagaimanapun kapten Real, Sergio Ramos dijangka akan terlepas kedua-dua saingan suku akhir kerana kecederaan betis.
Ketiadaan Ramos menjadi suntikan semangat buat Liverpool ketika mereka cuba menyelamatkan musim yang sukar dengan mencari gelaran Piala Eropah ketujuh. - AFP
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment