Manchester United 'lambat panas' - Solskjaer - Info Semasa

Breaking

Sunday, 4 April 2021

Manchester United 'lambat panas' - Solskjaer


 




Ole Gunnar Solskjaer mengakui dia perlu mengejutkan Manchester United daripada penurunan prestasi ketika Red Devils bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brighton 2-1 awal pagi tadi.

Danny Welbeck menanduk masuk buat Seagulls ketika berdepan kelab lamannya ketika Brighton mendominasi babak pertama di Old Trafford.


Sila tekan pautan dibawah:




Bagaimanapun buat kali kelapan dalam liga musim ini, skuad kendalian Solskjaer bangkit daripada ketinggalan untuk mengurangkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, Manchester City kepada 14 mata hasil jaringan Marcus Rashford dan Mason Greenwood.

"Kami tidak menemui rentak. Kami perlukan satu babak untuk kembali mendapatkannya," kata Solskjaer.

"Kadangkala selepas rehat perlawanan antarabangsa, ia memerlukan masa dan mungkin lambat untuk mendapatkannya kembali."

Hanya kejatuhan teruk Manchester City akan menafikan skuad Pep Guardiola daripada meraih gelaran Liga Perdana ketiga dalam empat musim ketika mereka hanya memerlukan 11 mata daripada baki tujuh perlawanan untuk bergelar juara.

Namun Solskjaer boleh menyamai kedudukan terbaik buat United sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013 jika berkedudukan kedua.

Kemenangan membuka jurang empat mata di depan pasukan tangga ketiga, Leicester ketika United kini 11 mata berbanding pasukan tangga kelima, Tottenham dan Liverpool bagi layak ke Liga Juara-Juara musim depan. - AFP


Sumber: www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment