Manchester City semakin hampir dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas pendahulu liga itu menang 2-0 di Leicester.
City kini melebarkan jurang ke atas pesaing terdekat Manchester United kepada 17 mata selepas merekodkan kemenangan ke-15 berturut-turut di tempat lawan dalam semua pertandingan.
Sila tekan pautan dibawah:
United berpeluang merapatkan jurang dengan kemenangan ke atas Brighton hari ini dan masih bermain kurang satu perlawanan, tetapi dilihat sukar untuk menghalang skuad kendalian Pep Guardiola meraih gelaran ketiga mereka dalam empat musim.
Jaringan Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus memusnahkan harapan penghuni tangga ketiga liga Leicester di Stadium King Power.
City, yang memburu empat kejuaraan musim ini, akan bertemu Borussia Dortmund dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara esok.
"Ia langkah besar untuk memenangi Liga Perdana. Liga Perdana Inggeris adalah pertandingan paling indah untuk dimenangi.
"Ia memakan masa 11 bulan dan amat sukar. Kami amat hampir," kata Guardiola. - AFP
Sumber: www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment