Siapakah Enam Pemain Bakal Dilepaskan Oleh Liverpool Pada Musim Panas Ini? - Info Semasa

Breaking

Friday, 12 February 2021

Siapakah Enam Pemain Bakal Dilepaskan Oleh Liverpool Pada Musim Panas Ini?


 




Jurgen Klopp dilaporkan sudah bersedia untuk membuat rombakan besar-besaran dengan melepaskan enam pemain utama Liverpool pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Perjalanan The Reds untuk mempertahankan kejuaraan saingan premier league berjalan tidak seperti apa yang diharapkan oleh Klopp.


Wajib tekan pautan dibawah:




Mereka kini ketinggalan 10 mata dibelakang pendahulu saingan liga, Manchester City dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Klopp juga berdepan dengan masalah kecederaan pemain yang agak berat dengan beberapa pemain dari skuad utama terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Gandingan centre-back Virgil Van Dijk dan Joe Gomez terpaksa diketepikan sepanjang musim ini ekoran dari kecederaan yang menimpa mereka awal musim lalu.

Masalah pertahanan skuad utama memperlihatkan Liverpool terpaksa membuat penandatanganan kecemasan pada hari terakhir jendela perpindahan Januari dibuka.

The Reds menandatangani Ben Davies dari Preston North dengan nilai £1.6 juta dan Ozan Kabak dari Schalke menerusi perjanjian pinjaman.

Menurut sumber laporan sama, Xherdan Shaqiri mungkin akan meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini kerana nama beliau disenaraikan sebagai pilihan utama untuk dilepaskan oleh kelab musim panas nanti.

The Athletic turut melaporkan bahawa Alex Oxlade Chamberlain yang hanya membuat dua penampilan sahaja dalam aksi liga musim ini turut akan dijual pada musim panas nanti.

Georginio Wijnaldum sebelum ini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, namun gergasi Catalan itu gagal untuk melengkapkan urusan perpindahannya pada musim panas lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu bakal menjadi free agent pada musim panas ini dan beliau dijangka akan bergabung semula dengan bekas pengurusnya, Ronald Koeman di Nou Camp menerusi perpindahan percuma.

Penjaga gol kedua, Adrian juga mungkin akan meninggalkan Liverpool bersama Wijnaldum, Oxlade Chamberlain dan Shaqiri menurut laporan sama.

Divock Origi merupakan seorang lagi pemain dari skuad utama yang akan dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain kebangsaan Belgium yang kini berusia 25 tahun itu telah membuat 25 penampilan untuk Liverpool dalam semua pertandingan musim ini.

Khidmat beliau mungkin sudah tidak diperlukan selepas aksi hambar yang beliau pamerkan dalam beberapa perlawanan terakhir ini.

Ditambah pula dengan kehadiran Diogo Jota di bahagian jentera serangan, Origi sepertinya sudah tidak mempunyai peluang lagi untuk mendapat tempat dalam skuad utama the reds.

The Athletic turut melaporkan bahawa Naby Keita juga mungkin akan meninggalkan Anfield pada musim panas ini selepas beliau mengalami kesukaran dengan sering ditimpa kecederaan sejak ketibaannya pada 2018 yang lalu.

Beliau sepertinya penandatanganan yang merugikan untuk Liverpool dengan alasan kekurangan minit permainan kerana sering diketepikan atas masalah kecederaan.

Sejak ketibaan Thiago Alcantara dari Bayern Munich, tempat untuk Naby dalam kesebelasan utama skuad juga sudah tidak terjamin dan kerana itu beliau menjadi pilihan untuk dijual pada musim panas nanti.

Liverpool akan kembali beraksi dalam saingan premier league pada hujung minggu ini bertemu Leicester City di King Power Stadium.

Selepas melalui beberapa siri kekalahan termasuk tiga kekalahan berturut-turut di Anfield, Klopp pastinya tidak mahu berputih mata lagi dan akan memastikan mereka pulang membawa tiga mata penuh.

No comments:

Post a Comment