Jurgen Klopp sungguh beremosi ketika menyatakan bahawa perlumbaan Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan liga sudah berakhir, selepas kekalahan 3-1 kepada Leicester City.
The Reds terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk mendahului permainan sebelum bolos tiga gol dalam tempoh tujuh minit.
Wajib tekan pautan dibawah:
Liverpool telah mencatatkan enam kekalahan dalam aksi saingan liga musim ini dan lebih pedih lagi, kekalahan ini merupakan yang ketiga dicatatkan oleh mereka secara berturut-turut.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kekal berada di kedudukan keempat dalam saingan liga dan kini berada 13 mata di belakang pendahulu saingan liga, Manchester City.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan dan ia adalah perlawanan bertemu Everton yang akan dilangsungkan pertengahan minggu nanti.
Liverpool gagal untuk meraikan kejayaan mereka menjulang kejuaraan liga musim lalu bersama para peminat kerana gangguan dari wabak pandemik yang melanda.
Musim ini pula, mereka sepertinya sudah gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi selepas mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut.
Jurgen Klopp telah ditanya tentang kejuaraan liga dalam sesi temu bual selepas tamat perlawanan, dan pengurus dari Jerman yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang itu seolah-olah hampir menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan media.
“Ya. Saya sendiri sukar untuk percaya tapi ya.”
Jelas Klopp yang kelihatan sugul kepada media.
“Secara jujurnya saya tak rasa kami mampu untuk merapatkan jurang tahun ini. Kami perlu menang dalam perlawanan bola sepak dan sebahagian besar dalam bola sepak kita hari ini adalah sangat bagus.”
“Kita patut mengelak dari melakukan kesilapan, elak salah faham, kita tak boleh elak kesilapan dari VAR atau semua hal seperti itu tapi untuk yang lain kita perlu untuk elak.”
“Hari ini, dua situasi kita tidak melakukan itu jadi kerana itu mereka boleh menjaringkan dua gol.”
Liverpool musim lalu memenangi gelaran liga dengan jurang perbezaan mata yang jauh meninggalkan pasukan lain.
Musim ini pula, mereka sedang bergelut untuk menamatkan saingan liga dengan berada di kedudukan empat teratas bagi memastikan slot ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.
Chelsea dan West Ham kini hanya satu mata sahaja dibelakang The Reds dengan mereka bakal memintas kedudukan keempat itu andai masing-masing memenangi perlawanan pada malam ini.
Sementara Everton pula berada tiga mata di belakang, namun mereka masih ada kelebihan dua perlawanan yang akan dimainkan pada minggu ini, dan berpeluang memotong Liverpool andai mendapatkan enam mata dari kedua-dua perlawanan tersebut.
No comments:
Post a Comment