Kenapa Tiada Yang Mahu Beli Pukki?
Pada ketika yang sama pada tahun lalu nama Teemu Puki menjadi perhatian pemerhati bola sepak Inggeris selepas prestasi luar biasa di Championship.
Norwich berjaya meraih tempat di saingan Liga Perdana Inggeris, dan Pukki menjadi antara nama yang menjadi perhatian beberapa kelab kelab di pasaran pemain. Malah nama Pukki turut menjadi sebutan pada jendela perpindahan musim panas lalu, sebelum memilih untuk kekal.
Wajib baca pautan dibawah:
Tetapi keadaannya berbeza pada jendela perpindahan Januari ini. Nama Pukki ibarat tenggelam.
Penjaring terbanyak Norwich
Walaupun bergelar penjaring terbanyak Norwich pada musim lalu, harus diakui Pukki bukanlah pemain yang paling menyerlah dari kelab tersebut.
Rekod jaringan Pukki bermula dengan baik pada awal musim, sebelum pengurus Norwich, Daniel Farke memilih Josip Drmic untuk berada di dalam kesebelasan utama selepas saingan bersambung kembali pada Ogos.
Apakah yang berlaku kepada Pukki? Adakah prestasi keseluruhan beliau terkesan oleh prestasi buruk pemain lain di dalam pasukan Norwich pada musim ini? Ia adalah perdebatan yang amay subjektif.
Namun dengan kehadiran Emi Buendia yang beraksi di belakang beliau, Pukki gagal memastikan bola berada di belakang jaring setiap kali peluang terhidang, dan pada ketika pasukan amat memerlukan jaringan.
Khabar angin
Menurut media di Turki, Fotospor, Pukki telah dikaitkan dengan perpindahan ke Besiktas pada jendela perpindahan yang lalu.
Pemergian penyerang veteran, Burak Yilmaz bermakna Besiktas adalah kelab yang ideal untuk Pukki meneruskan kariernya.
Pada usia 30 tahun, langkah tersebut seperti mengikut jejak langkah beberapa penyerang ternama terdahulu yang memilih untuk mengembangkan bakat ke Super Lig setelah meningkat usia.
Antara pemain tersebut ialah seperti Wesley Sneijder, Daniel Sturridge dan Robin van Persie.
Kelab Premier League, Burnley turut dikatakan berminat, selain daripada West Bromich Albion. Berdasarkan minat dari kelab-kelab ini, mungkinkah mereka berpendapat bakat Pukki telah dipersia-siakan oleh Norwich sebelum in.
Masa depan masih bersama The Cannaries?
Walaupun bukan pemain paling menyerlah dan berbakat dari kalangan anggota skuad Norwich musim lalu, karier Pukki bersama The Cannaries belum lagi berakhir.
Sudah tentu Norwich mahu mengekalkan pemain muda mereka seperti Todd Cantwell atau Jamal Lewis berbanding pemain seperti Pukki.
Farke telah menolak untuk sebarang kemungkinan Pukki akan dijual pada jendela perpindahan yang lalu. Bagaimana pula dengan Januari ini?
Jendela perpindahan Januari
Jendela perpindahan Januari 2021 masih lagi dibuka sehingga 31 Januari ini. Sehingga kini Pukki telah menjaringkan 11 gol dari 21 penampilan untuk Norwich, sekaligus membantu skuad kendalian Farke menduduki tangga teratas Championship selepas 23 perlawanan.
Gandingan beliau dengan Jamal Lowe (8 gol) di jentera serangan Norwich buat masa ini berjaya membentuk gandingan yang mantap di bawah kendalian Farke.
Chelsea, Arsenal, dan Burley adalah antara kelab Liga Perdana Inggeris yang boleh memanfaatkan pengalaman pemain dari Finland ini.
Buat masa ini tiada sebab untuk Norwich menjual pemain ini. Maka Pukki berkemungkinan akan terus kekal di Norwich pada musim akan datang kerana di situlah khidmat beliau lebih diperlukan.
Namun jika ada pasukan Premier League mahu mendapatkan Pukki, sudah pasti Norwich akan melepaskanya jika kena pada harganya.
ada usia 30 tahun dan kredibiliti yang ada, Pukki boleh sahaja menjadi pemain penyerang sokongan/pilihan kedua mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris?
Membeli Pukki ibarat satu perjudian. Ia mungkin mendatangkan keuntungan. Tetapi jika rugi sekali pun, pemain ini tetap bernilai untuk kelab-kelab tertentu.
No comments:
Post a Comment