Bruno Fernandes sangat marah ketika melihat nombor jersinya tertera di papan pertukaran pemain pada minit ke-89 dalam pertemuan bertemu Liverpool di Anfield lewat malam semalam.
Dalam keadaan marah beliau tetap bergerak meninggalkan padang dan memberi ruang kepada bintang muda United, Mason Greenwood untuk turun beraksi menggantikannya.
Wajib baca pautan dibawah:
Pemain kebangsaan Portugal itu jelas marah dan tidak boleh menerima bahawa dirinya harus keluar meninggalkan padang memandangkan baki permainan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk ditamatkan.
Beliau pada ketika itu juga sedang terlibat dalam insiden pertengkaran lidah dengan Georginio Wijnaldum yang turut dikeluarkan oleh Klopp pada waktu yang sama dengan Fernandes.
Beliau awalnya dilihat mungkin akan mengamuk kerana ketika bersalaman dengan Greenwood, Fernandes dilihat dalam keadaan yang beremosi.
Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa beliau mengeluarkan Bruno Fernandes ketika aksi terikat tanpa jaringan dengan Liverpool hanya kerana ia sebahagian dari perancangan taktikalnya.
Namun ketika berdepan dengan Ole, Fernandes dilihat lebih jinak dan terus saja pergi ke arah bangku simpanan dan duduk di situ dengan tertib.
Pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan kepada Sky Sports bahawa keputusan untuk mengeluarkan Fernandes merupakan salah satu taktikal untuk menyimpan tenaganya.
“Ia merupakan keputusan melibatkan taktikal.”
Ole memulakan bicara.
“Bruno telah memberikan segalanya yang dia ada untuk kami dalam setiap perlawanan sejak dia sampai. Dia sudah berada di sini dan sering curah segalanya dalam setiap perlawanan.”
“Jadi menjelang penghujung perlawanan, kami rasa kewujudan dan kemampuan Paul Pogba mungkin akan beri kesempatan kepada kami. Dan Mason, ketika dia berpeluang, dia boleh menjaringkan gol dalam masa yang pantas.”
“Jadi ia lebih kepada sedikit perjudian dengan memasukkan Mason walaupun dia bakal berdepan dengan Andy Robertson.”
Solskjaer turut mengakui bahawa beliau sedikit kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut memandangkan United tidak cuba untuk menjarakkan diri di puncak carta liga.
“Saya tahu kami boleh bermain lebih baik, tapi kami masih mampu mencuri satu mata di sini yang mana ia menunjukkan bagaimana jauhnya kami mampu capai dalam tempoh setahun atau enam bulan ini.”
“Kami tidak memaksa diri kami dalam perlawanan ini terutama ketika aksi babak pertama.”
“Saya rasa kami berkembang dalam perlawanan dan ketika penghujung permainan, kita boleh rasa ‘ ya kami di sini untuk menang’ dan kami mencipta dua peluang besar yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.”
“Saya perlu jujur untuk katakan bahawa saya sedikit kecewa pada ketika ini, tapi kamu semua juga tahu bahawa kami bermain bertemu pasukan yang hebat dan mereka jelas lebih mendominasi permainan berbanding kami.”
“Tapi ketika kami mahu ke sini dan kami tahu masalah kecederaan yang mereka hadapi sejak kebelakangan ini, kami yakin untuk datang dan merampas tiga mata berharga, tapi setidaknya satu mata juga sudah memadai andai kami menang perlawanan selepas ini.”
Namun ramai juga yang mempertikaikan kenyataan Ole yang mendakwa mahu memberi masa kepada Bruno untuk berehat sedangkan beliau hanya mengeluarkan bintang Portugal itu pada minit ke-89 permainan.
No comments:
Post a Comment