Menang Tetapi Hambar
Selepas menghadapi dua kekalahan dari tiga perlawanan terakhir dalam saingan liga, Chelsea pastinya mahu memperoleh tiga mata penuh dalam perlawanan ini.
Wajib baca pautan dibawah:
The blues berjaya melancarkan beberapa siri serangan pada awal babak pertama perlawanan namun tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan.
Malang untuk Fulham, apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Antonee Robinson dilayangkan kad merah di penghujung aksi babak pertama permainan.
Beliau melakukan terjahan keras ke atas ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta lalu dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Peter Bankes.
Masuk babak kedua permainan, perlawanan berlangsung dengan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun Chelsea dilihat lebih dominan.
Setelah beberapa cubaan dinafikan, Chelsea akhirnya berjaya memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-78 menerusi bintang muda mereka, Mason Mount.
The Blues menggasak Fulham dalam kotak penalti dengan Ben Chilwell terlebih dahulu mencuba dari sudut tepi padang dan bola cubaanya ditepis oleh Areola.
Bola tersebut kemudiannya lalu betul-betul di hadapan Mason Mount yang terus memanfaatkan ruang yang ada untuk melepaskan rembatan menerjah jaring gawang gol Fulham.
Jaringan tersebut memberi tiga mata penuh kepada Chelsea dengan perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 1-0 The Blues menewaskan Fulham.
Kemenangan tersebut meletakkan Chelsea di kedudukan keenam dalam saingan liga dengan mengumpul 29 mata.
Fulham pula kini berada di zon penyingkiran dengan hanya mengumpul 12 mata sahaja dari 17 perlawanan.
No comments:
Post a Comment