Peluh Belum Kering, Tuanzebe Diserang Lagi Oleh Peminat Tidak Berakal - Info Semasa

Breaking

Saturday, 6 February 2021

Peluh Belum Kering, Tuanzebe Diserang Lagi Oleh Peminat Tidak Berakal


 



Axel Tuanzebe sekali lagi menjadi mangsa kekejaman peminat tidak berakal selepas beliau diganggu dengan serangan berunsur perkauman.

Lebih menyedihkan lagi, serangan kali ini berlaku lebih pantas dari yang sebelum ini dengan tidak sempat peluh di badannya kering, laman media sosial beliau telah dibanjiri penyokong tidak berakal.


Wajib baca pautan dibawah:




Beliau dimaki dan dihina hanya kerana peminat menganggap beliau merupakan punca United dibolosi pada minit akhir permainan bertemu Everton.

Pemain pertahanan muda United itu dipersalahkan kerana menghadiahkan sepakan percuma kepada Everton diminit akhir permainan dan gol penyamaan the toffees hadir dari situ.

Michael Keane bijak melambungkan bola melepasi barisan pertahanan United dan menemui Dominic Calvert Lewin.

Pemain kebangsaan England itu berjaya melepasi perangkap offside dan beliau menyempurnakan bola hantaran dari Keane dengan menjaringkan gol penyamaan untuk Everton.

Tuanzebe mungkin mempunyai alasan tersendiri tentang mengapa beliau membuat kekasaran di minit akhir permainan.

Beliau mungkin dalam usaha untuk melengahkan masa dan sama sekali tidak menjangka bahawa Everton akan memperoleh jaringan dari sepakan percuma itu.

Pemain yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan Everton memperoleh gol penyamaan adalah Harry Maguire.

Pertahanan termahal dunia itu jelas memberi ruang untuk kesemua pemain Everton berada dalam kedudukan onside kerana beliau berada sedikit ke bawah berbanding rakan sepasukannya yang lain.

Beliau juga sepatutnya mengawal penyerang Everton ketika sepakan percuma itu diambil, namun Maguire ketika itu lebih memilih untuk mengawal penjaga gol Everton, Robin Olsen.

Jadi tidak perlu rasanya golongan tidak berakal ini untuk memaki atau menghina Tuanzebe kerana keputusan seri yang dicatatkan oleh United.

Sebelum ini beberapa pemain berkulit hitam United turut mengalami nasib yang sama dengan dimaki dan dihina oleh para penyokong tidak berakal kerana mereka kehilangan mata.

Tuanzebe, Anthony Martial dan Marcus Rashford antara pemain yang diserang dengan serangan berunsur perkauman selepas pasukan mencatatkan keputusan seri bertemu Arsenal dan kalah kepada Sheffield United.

United sekadar mencatat keputusan seri 3-3 bertemu Everton awal pagi tadi seterusnya mereka terpaksa berpuas hati satu dengan satu mata yang berjaya dipungut di halaman sendiri.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu gagal memanfaatkan peluang bermain di halaman sendiri seterusnya mendapatkan tiga mata penuh untuk terus mencabar City di puncak saingan liga.


No comments:

Post a Comment