Penjaga gol nombor satu dunia, Alisson Becker telah melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan gawang golnya dibolosi sebanyak dua kali dalam tempoh tiga minit sahaja.
Liverpool dikejutkan dengan kekalahan ketiga berturut-turut dihalaman mereka sendiri dalam saingan liga musim ini selepas dibelasah 4-1 oleh Manchester City awal pagi tadi.
Penjaga gol utama the reds, Alisson Becker bermain dengan sangat baik ketika aksi babak pertama perlawanan.
Wajib baca pautan dibawah:
Namun dengan tiba-tiba, beliau berubah menjadi buta kayu dengan melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan gawang golnya dibolosi dua kali dalam tempoh tiga minit sahaja pada aksi babak kedua permainan.
Pada minit ke-73 permainan, beliau menerima bola hantaran dari Fabinho yang mencuba untuk memintanya build up semula permainan atau mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Alisson sepertinya mahu mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, namun rembatan beliau terlalu lemah dan lembik berjaya dipintas oleh Phil Foden yang kemudiannya melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti Liverpool.
Foden kemudiannya melorongkan bola cantik menemui IIkay Gundogan yang dengan tenang menolak masuk bola menewaskan Alisson Becker.
Tiga minit selepas itu, bekas penjaga gol Roma itu sekali lagi membuat kesilapan yang menyebabkan gawang golnya dibolosi.
Andai kesilapan pertama dianggap kesilapan dungu, kesilapan kedua ini boleh lah dikatakan sebagai ultimate dungu dari penjaga gol yang dianggap terhebat dunia.
Beliau ketika itu menerima bola hantaran dari Wijnaldum dan mahu menghantar semula bola tersebut kepada Fabinho.
Walau beliau mempunyai ruang untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, Alisson lebih memilih untuk build up permainan dari bawah seperti kebiasaannya, namun kali ini beliau sama sekali tidak melihat kepada siapa bola tersebut di hantar.
Beliau dengan mudah melorongkan bola tepat ke kaki Bernardo Silva lalu pemain kebangsaan Portugal itu dengan tenang melambungkan bola melepasi Alisson dan ditanduk masuk oleh Raheem Sterling.
Dua kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan oleh Alisson dan menyebabkan Liverpool bolos dua gol yang tidak sepatutnya dalam perlawanan ini.
Manchester City kemudiannya memperoleh jaringan keempat mereka dalam perlawanan ini menerusi Phil Foden yang melepaskan rembatan padu dari dalam kotak penalti untuk menewaskan Alisson Becker.
Ketika babak kedua permainan dimulakan, Manchester City terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi IIkay Gundogan yang berjaya menyambar bola muntah tangkapan Alisson.
Mo Salah kemudiannya berjaya mengikat kedudukan selepas menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool menerusi sepakan penalti.
Kekalahan 4-1 Liverpool di tangan Manchester City ini merupakan kekalahan pertama mereka kepada The Citizens di Anfield sejak 19 tahun yang lalu.
Manchester City juga merupakan pasukan pertama yang berjaya menjaringkan empat gol di Anfield dalam saingan liga sejak kali terakhir dilakukan oleh Arsenal pada tahun 2009 yang lalu.
Mo Salah kemudiannya berjaya mengikat kedudukan selepas menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool menerusi sepakan penalti.
Kekalahan 4-1 Liverpool di tangan Manchester City ini merupakan kekalahan pertama mereka kepada The Citizens di Anfield sejak 19 tahun yang lalu.
Manchester City juga merupakan pasukan pertama yang berjaya menjaringkan empat gol di Anfield dalam saingan liga sejak kali terakhir dilakukan oleh Arsenal pada tahun 2009 yang lalu.
Jurgen Klopp sendiri mengakui bahawa beliau sudah tidak memikirkan untuk merebut kejuaraan liga dan hanya mahu menumpukan untuk mengakhiri saingan liga musim ini di kelompok empat teratas.
No comments:
Post a Comment