Kunjungan Ke Anfield Jadi Ujian Besar Buat Manchester United - Info Semasa

Breaking

Wednesday, 13 January 2021

Kunjungan Ke Anfield Jadi Ujian Besar Buat Manchester United


 



Kemenangan 1-0 bertemu Burnley awal pagi tadi telah melonjakkan Manchester United ke tangga teratas kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 bagi merampas kedudukan juara bertahan, Liverpool dengan kelebihan tiga mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Paul Pogba muncul wira buat United setelah pemain skuad kebangsaan Perancis itu berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71 hasil percubaan voli menarik yang melepasi celah kaki Nick Pope susulan hantaran daripada Marcus Rashford.


Wajib tekan pautan dibawah:



Perkembangan terkini itu memberikan harapan besar buat kem Manchester United untuk terus mengekalkan aksi cemerlang dalam usaha menamatkan penantian panjang apabila kali terakhir  The Red Devils menjuarai saingan liga adalah pada musim 2012/13.

Kempen di mana musim terakhir pasukan tersebut berada di bawah kendalian pengurus terhebat dalam sejarah kelab, Sir Alex Ferguson.

Sehubungan dengan itu, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berpendapat kunjungan ke Anfield pada hujung minggu nanti bakal menjadi ujian besar buat anak buahnya.

”Kami menantikannya [bertemu Liverpool], kami menikmatinya di mana sahaja kami berada pada bila-bila masa.”

”Pada ketika ini, kami berada di mana yang sepatutnya kami berada, kami tahu bahawa kami pergi ke sana [Anfield] untuk berhadapan dengan pasukan terbaik di negara ini.”

”Kami menantikan perlawanan ini dan merupakan ujian hebat buat kami di mana akan menentang sebuah pasukan yang baik.”

”[Persembahan] kami semakin baik dan bertambah baik. Kami semakin menghampiri pertengahan saingan dan ia menunjukkan sedikit di mana kami berada pada ketika ini tetapi tiada siapa yang akan mengingati kedudukan teratas liga pada 12 Januari,” ujar Solskjaer menurut laporan Goal.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada awal pagi Isnin depan dan perlawanan tersebut pastinya ditunggu-tunggu kerana Manchester United mampu untuk menjarakkan lagi kedudukan sekiranya berjaya meraih kemenangan. Bagaimanapun, ia bukan tugas yang mudah kerana United tidak pernah menang di Anfield sejak Mac 2016.

No comments:

Post a Comment