JARINGAN AKROBATIK JAHANBAKHSH MUSNAHKAN HARAPAN CHELSEA MENDAPAT 3 MATA
Jaringan akrobatik pemain sayap Iran, Alireza Jahanbakhsh pada lewat permainan memastikan Brighton mengutip satu mata selepas mengikat Chelsea 1-1 dalam perlawana Liga perdana Inggeris pada tahun baru di Stadium Amex.
INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN BIRU DIBAWAH:
Prestasi hambar The Seagulls dalam perlawanan tersebut dilihat bakal memberikan kekalahan di tempat sendiri namun Jahanbakhsh yang di masukkan sebagai pemain gantian menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada minit ke 84'. Cesar Azpilicueta memberikan Chelsea gol pendahuluan menerusi gol ketiganya musim ini apabila beliau merembat masuk dari jarak dekatnya selepas percubaan Tammy Abraham dihalang Aaron Mooy.
Sepanjang perlawanan, setiap serangan Brighton mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan The Blues Bagaimanapun penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga tetap diuji dengan menyelamatkan beberapa percubaan pasukan tuan rumah iaitu Brighton.
No comments:
Post a Comment