ARSENAL MEMBAWA MANCHESTER UNITED KE LEMBAH KEKALAHAN DI TAHUN BARU'
Arsenal mencatatkan kemenangan pertama sejak dibimbing Mikel Arteta selepas berjaya
menundukkan musuh tradisi, Manchester United 2-0 pada aksi Liga perdana Inggeris (EPL) 2019/2020 yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi.
INGINKAN INFO SILA LEBIH SILA TEKAN PAUTAN BIRU DI BAWAH:
Disamping menghadiahkan kemenangan sulung buat Arteta, kejayaan ini turut mengubati kedukaan Arsenal yang tewas pada derbi London bertemu Chelsea tempoh hari. Beraksi di hadapan penyokong sendiri nyata menyuntik semangat juang pemain Arsenal untuk tampil dengan cukup bersemanga. ia dibuktikan apabila para pemain The Gunners melancarkan beberapa siri serangan berbahaya ke kubu Manchester United yang di kawal David De Gea.
Arsenal membuka tirai jaringan seawal minit kelapan selepas Nicolas Pepe yang tidak dikawal menolak masuk hantaran lintang dilakukan Sead Kolasinac. Pemain temahal yang dibawa masuk Arsenal itu hampir menambah jaringan kedua pada minit ke 38' tetapi percubaannya dari luar kawasan penalti sekadar singgah di tiang gol Manchester United. Penyokong Arsenal sekali lagi melonjak kegembiraan apabila Sokratis Papastathopoulos menyumbat jaringan kedua tuan rumah pada minit 42'
Aksi 45'' minit terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Manchester United kelihatan mengubah corak permainan. Bagaimanapun tiada sembarang tambahan jaringan dapat dihasilkan untuk kedudukan 2-0 kekal hingga tamat permainan.
No comments:
Post a Comment