Thomas Tuchel menjadi jurulatih pertama yang memastikan pasukannya tidak bolos untuk lima perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Chelsea menumpaskan Everton 2-0 pada Ahad.
Keputusan tersebut juga mengekalkan rekod tanpa kalah Tuchel kepada 11 perlawanan dan hanya bolos dua gol sahaja sejak mengambil alih pasukan tersebut dari Frank Lampard pada Januari lalu.
Sila tekan pautan dibawah:
Di bawah Tuchel, Chelsea jelas mengalami transformasi terutamanya bahagian pertahanan yang lebih kukuh dan tersusun.
“Ia adalah mengenai prinsip, mengenai kepercayaan, mengenai keyakinan yang bahagian pertahanan cukup kukuh jika anda melangkah ke hadapan untuk menyerang,” ujar Tuchel apabila ditanya mengenai rekod pertahanan pasukannya.
“Sekarang ini kualiti pertahanan pasukan berada di tahap yang tinggi dan sudah tentu mereka [pemain] begitu dahaga untuk sedaya upaya tidak memberi peluang kepada lawan. Ia perasaan yang cukup bagus untuk membuatkan kami begitu yakin.”
The Blues sebelum ini juga berjaya memastikan mereka berjaya menghentikan serangan Liverpool dan Manchester dalam saingan liga selain Atletico Madrid di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Tuchel juga berjaya meningkatkan prestasi beberapa pemain Chelsea yang sebelum ini ‘dibekukan’ oleh Lampard seperti Marcos Alonso dan Antonio Rudiger dengan mengamalkan penggiliran pemain.
Beliau secara konsisten menggunakan formasi lima pertahanan dengan formasi 3-4-2-1 yang membolehkan bek sisi berperanan membantu serangan berbanding Lampard yang lebih gemar bermain dengan empat pemain pertahanan.
Sistem tersebut membolehkan pemainnya lebih yakin dan berani apabila memegang bola dan sekaligus memastikan mereka tidak kehilangan intensiti sepanjang perlawanan.
Dengan keputusan-keputusan positif yang terhasil, ia sekaligus mengurangkan tekanan kepada Timo Werner dan Kai Havertz yang sering dikritik dan dipersoalkan sebelum ini sebelum dibeli dengan harga yang tinggi.
“Ia bukan semata-mata mengenai tidak bolos dan parkir bas di hadapan gol, tetapi mengenai gaya pertahanan yang membolehkan kami bertahan di garisan setinggi yang boleh supaya lebih mudah untuk menguasai bola,” katanya lagi.
“Ia adalah mengenai kepercayaan dan keberanian.”
Sumber: semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment