Bung Mokhtar Pemangku Presiden SAFA Yang Baharu - Info Semasa

Breaking

Monday, 14 December 2020

Bung Mokhtar Pemangku Presiden SAFA Yang Baharu


 



Bung Mokhtar Pemangku Presiden SAFA Yang Baharu


Ahli Parlimen Kinabantangan, Dato’ Sri Bung Moktar Radin telah dilantik sebagai Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang baharu.


Keputusan tersebut dibuat hasil daripada masyuarat Ahli Majlis Tertinggi badan induk bola sepak negeri itu yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Zakaria.


Wajib baca pautan dibawah:



Menurut sumber dari Bernama, Abdul Rahman menjelaskan pelantikan tersebut dibuat hasil dari perbincangan pihaknya dengan Bung Moktar dan telah mendapat persetujuan daripadanya.

Kata Abdul Rahman lagi, pengalaman Bung Moktar sebagai penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas menjadi faktor pemilihannya dan pihaknya yakin beliau mampu untuk memimpin SAFA lebih maju pada masa hadapan.

Bung Moktar yang memenangi kerusi DUN Lamag telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan memegang portfolio Menteri Kerja Raya Sabah.

Kerusi Presiden SAFA kosong sebaik selepas Datuk Peter Anthony meletakkan jawatan serta merta sebaik sahaja partinya tewas dalam Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) pada September lalu.

No comments:

Post a Comment