Lawan Chelsea dalam saingan Piala FA, Morecambe menggalakkan pemain mereka untuk melakukan cubaan tidak kira di mana saja mereka berada dalam jarak 40 ela dari penjaga gol, Kepa Arrizabalaga.
Pasukan dari Liga kedua itu berkunjung ke Stamford Bridge untuk perlawanan pusingan ketiga Piala FA dan sudah tentu mereka menjadi pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini.
Wajib baca pautan dibawah:
Namun, setiap kali mereka mendapat bola dan masuk ke kawasan tengah padang Chelsea, pasti terdengar jeritan dari bangku simpanan yang meminta para pemain untuk melepaskan rembatan.
Ia merupakan satu penghinaan kepada Kepa Arrizabalaga dan pengurus Morecambe mungkin percaya bahawa penjaga gol berusia 26 tahun, yang menandatangani perjanjian bersama Chelsea dengan nilai £71.6 juta itu tiada keyakinan diri ketika beraksi.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu dilihat sukar untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya sejak dari awal ketibaannya ke Stamford Bridge.
Musim ini, tempat beliau sebagai penjaga gol utama kelab sudah digantikan dengan penandatanganan baru Chelsea, Edouard Mendy.
Namun, Kepa akhirnya disenaraikan semula sebagai kesebelasan utama di bawah kendalian Frank Lampard pada tahun 2021. Dan perlawanan ini juga merupakan perlawanan ke-100 beliau untuk kelab secara keseluruhannya.
Apa yang menariknya, perlawanan ini beliau diuji oleh pasukan Morecambe yang sentiasa mahu melakukan percubaan tidak kira dari mana pon mereka berada.
“Terlalu banyak jeritan ‘shoot’ dari bangku simpanan Morecambe dalam jarak yang sukar seperti 40 ela dari gawang gol Chelsea.”
Jelas Matt Law dari Daily Telegraph.
“Ia seolah mereka fikir penjaga gol termahal dunia itu agak tidak boleh dipercayai.”
Salah satu norma baharu ketika bermain dalam stadium tertutup dengan tiada kehadiran penonton adalah, bunyi-bunyi yang keluar dari pengurus, jurulatih dan pemain simpanan boleh di dengar dengan sangat jelas.
Jadi walau hanya sepatah saja arahan yang keluar dari luar, pastinya akan didengari oleh kesemua pemain dalam padang dan itulah yang terjadi malam semalam.
Setiap kali para pemain Morecambe masuk ke kawasan tengah Chelsea pastinya akan terdengar jerita ‘shoot’ dari tempat duduk pemain simpanan.
Setidak-tidaknya Kepa masih boleh tertawa dengan taktikal pasukan lawan yang akhirnya menyebabkan mereka tewas 4-0 di tangan The blues.
Mason Mount membuka tirai jaringan untuk Chelsea sebelum Timo Werner menamatkan badi 13 perlawanan tanpa sebarang jaringan dengan menjaringkan gol kedua untuk Chelsea.
Callum Hudson-Odoi dan Kai Havertz masing-masing menjaringkan satu gol pada babak kedua permainan memberikan kemenangan 4-0 kepada Chelsea.
Kepa akhirnya peroleh clean sheet dalam perlawanan ini walau pasukan lawan turun hanya untuk menguji beliau.
No comments:
Post a Comment