Liverpool akhirnya berjaya memperoleh jaringan pertama mereka dalam saingan liga pada tahun 2021 ini selepas melalui awal tahun yang sangat suram.
Sadio Mane berjaya melepasi perangkap offside dan melakukan hantaran silang rendah yang cukup kemas ke dalam kotak penalti Spurs, dan bola hantaran beliau boleh dikatakan sangat mustahil untuk tidak disudahi dengan jaringan.
Wajib tekan pautan dibawah:
Roberto Firmino cemerlang menolak masuk bola hantaran dari Mane itu seterusnya menjadi pemain Liverpool pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam saingan liga sejak 32 hari yang lalu.
Kali terakhir Liverpool menjaringkan gol dalam saingan liga adalah pada 28 Disember tahun lalu ketika bertemu West Brom dan gol terakhir mereka itu dijaringkan oleh Sadio Mane.
Firmino sendiri pula, kali terakhir beliau menjaringkan gol adalah ketika aksi kemenangan besar Liverpool menewaskan Crystal Palace 7-0 pada 19 Disember tahun lalu.
Mungkin ramai yang merasakan bahawa beliau sudah hilang keyakinan untuk menjaringkan gol dan tiada siapa meramal kemampuannya sebelum perlawanan bermula.
Namun hakikatnya, tiada sesiapa pemain Liverpool yang mempunyai rekod sehebat Firmino ketika bertemu Tottenham Hotspur dalam saingan premier league.
Pemain kebangsaan Brazil itu akan berubah menjadi sangat produktif ketika aksi bertemu pasukan dari London itu dan beliau sering menjadi ancaman utama Spurs.
Jaringan beliau dalam perlawanan ini merupakan gol kelimanya secara peribadi dari enam pertemuan bertemu Tottenham Hotspur.
Lima gol itu juga termasuk dua gol kemenangan untuk Liverpool ketika menewaskan Spurs pada awal dan hujung tahun 2020 yang lalu.
Dek kerana itu, Firmino menjadi pemain pertama untuk menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir bertemu Spurs dalam saingan liga secara berturut-turut sejak kali terakhir dilakukan oleh Luis Suarez.
Liverpool berjaya membuka tirai jaringan menerusi Roberto Firmino ketika perlawanan masuk ke masa tambahan dalam aksi babak pertama perlawanan.
Masuk babak kedua, mereka tidak perlu menunggu lama untuk menggandakan kedudukan selepas Trent Alexander Arnold cemerlang menjaringkan gol dua minit selepas kembalinya mereka dari bilik persalinan.
Mohamed Salah hampir saja melebarkan sayapnya sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga musim ini selepas menjaringkan gol untuk Liverpool pada minit ke-57 permainan, namun jaringan beliau telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Sadio Mane berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini selepas beliau cemerlang menjaringkan gol ketiga untuk Liverpool pada minit ke-65 permainan.
Kemarau jaringan Liverpool berakhir dengan penuh bergaya dengan mereka berjaya peroleh tiga gol seterusnya mendapatkan tiga mata penuh di Tottenham Hotspur stadium.
Selepas berjaya mengakhiri kemarau jaringan yang agak panjang, Liverpool kini ada misi terbaru yang harus mereka capai.
Mereka harus memastikan setiap pemain mencapai tahap prestasi terbaik, meningkatkan keyakinan diri dan perbaiki keputusan dalam setiap perlawanan untuk kembali bersaing dalam merebut kejuaraan liga.
Andai mereka berjaya mengekalkan rentak persembahan seperti ini, tidak mustahil Liverpool bakal sekali lagi beri ancaman kepada Manchester City dengan mempertahankan kejuaraan saingan liga yang mereka menangi musim lalu.
No comments:
Post a Comment