Skuad kendalian Frank Lampard berkunjung ke King Power Stadium untuk bertemu Leicester City dalam aksi saingan liga Perdana Inggeris.
Frank Lampard terus mendapat kecaman yang hebat dari peminat Chelsea apabila beberapa perlawanan Chelsea telah menunjukkan aksi yang hambar pemain agak tidak konsisten dalam perlawanan jika perkara ini berlanjutan Chelsea akan terus jatuh dari tangga Liga Perdana Inggeris.
Wajib baca pautan dibawah:
Selepas berjaya mendapatkan kembali rentak persembahan terbaik mereka minggu lalu, Chelsea pastinya turun dalam perlawanan ini dengan harapan untuk menang dan bawa pulang tiga mata penuh.
Leicester City pula berada di kedudukan ketiga dalam saingan liga selepas berjaya menewaskan Southampton sebelum ini dan andai mereka memenangi perlawanan hari ini, skuad kendalian Brendan Rodgers itu akan naik ke puncak saingan liga.
Chelsea memulakan permainan dengan agak berhati-hati dengan dan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk masuk ke kubu lawan.
Leicester berjaya merobek gawang gol The Blues seawal minit ke-5 permainan menerusi Wilfred Ndidi hasil rembatan padu yang membuatkan Mendy bingung melihat bola menerjah jaring gawang golnya.
Bermula dari satu sepakan sudut, Marc Albrighton menolak bola ke James Maddison sebelum kembali mendapatkannya dan terus berlari masuk ke dalam kotak penalti Chelsea.
Beliau melorongkan bola tepat ke arah Harvey Barnes yang kemudian gagal merebat kemas hantaran tersebut sebelum bola tiba betul-betul dihadapan Ndidi yang tidak menunggu lama untuk melepaskan rembatan merobek gawang gol the blues.
The Foxes kemudian memperoleh beberapa lagi peluang untuk menggandakan kedudukan termasuk cubaan dari James Maddison yang terkena palang gol pada minit ke-15.
Chelsea juga berjaya melancarkan beberapa siri serangan namun tidak berhasil melepasi tembok tebal yang dibina oleh Kasper Schmeichel.
Skuad kendalian Frank Lampard itu juga hampir saja dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 permainan sebelum pengadil menarik balik keputusan tersebut.
Tiga minit selepas itu, Leicester City sekali lagi berjaya merobek gawang gol Chelsea untuk menggandakan kedudukan permainan menjadi 2-0.
Marc Albrighton melambungkan bola dari kawasan tengah padang ke dalam kotak penalti Chelsea mencari Jamie Vardy dan James Maddison yang telah dikawal oleh tiga pemain the blues.
Dua dari tiga pemain Chelsea lebih memberi tumpuan untuk mengawal Vardy berbanding Maddison, dan bola tersebut melepasi penyerang kebangsaan England itu dan menemui bekas bintang Norwich City.
Maddison yang menerima bola tersebut terus melepaskan rembatan padu untuk gol kedua Leicester City dalam perlawanan ini.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan mereka kepada Leicester City.
Kemenangan ini membawa Leicester City ke puncak saingan liga mengatasi Manchester United dengan kelebihan satu mata.
Namun, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu masih memiliki kelebihan satu permainan belum dimainkan berbanding Leicester City.
Sementara Chelsea pula, mereka kini turun ke tangga ke-lapan dalam saingan liga dengan hanya mengumpul 29 mata dari 19 perlawanan.
Walau memulakan saingan liga musim ini dengan pelaburan yang besar dan barisan pemain yang hebat, Chelsea gagal untuk terus beri saingan dalam kelompok empat teratas saingan liga dan terpaksa akur dengan berada di kawasan pertengahan liga.
No comments:
Post a Comment