Jurgen Klopp Mula Kurang Senang Dengan Penggunaan VAR
Ia susulan daripada kekasaran dilakukan penjaga gol, Caoimhin Kelleher terhadap pemain sayap, Anders Dreyer yang pada mulanya dikesan berada dalam kedudukan ofsaid. Namun, selepas rujukan VAR dibuat, keputusan berubah sekali gus sepakan penalti diberikan kepada skuad bimbingan Brian Priske itu.
Selain itu terdapat juga beberapa keputusan VAR terpaksa digunakan terhadap jaringan yang dihasilkan Alexander Scholz dan Takumi Minamino.
Sehubungan dengan itu, tempoh masa lama yang diambil sebelum dapat mengesahkan sesuatu keputusan juga menjadi perkara utama yang bermain di fikiran Klopp.
”Ia mengambil masa yang lama [untuk mendapatkan keputusan],” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Saya tidak dapat melihatnya kembali, jika mereka benar atau sekiranya mereka sukar untuk membuat keputusan, tetapi ia mengambil masa tiga atau empat minit dan ia membuatkan para pemain ‘sejuk’, ia sangat sukar.”
”Saya sudah dapat mendengar orang ramai berkata, ‘Ya Tuhan, adakah dia bercakap tentang ini [VAR] lagi?’ tetapi ia memang mengambil masa terlalu lama dan membuatkan permainan menjadi ‘sejuk’. Perkara ini tidak membantu.”
”Saya pernah menjadi salah seorang yang mengatakan,’ya, VAR merupakan idea yang bagus.”
”Tetapi saya benar-benar tidak pasti adakah saya akan sekali lagi mengatakan sedemikian, sejujurnya. Kita sudah menggunakannya [VAR] dan pada ketika ini, kita perlu untuk menghadapinya,” tambah Klopp lagi.
Sumber artikel: semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment