Dua Pilihan Moratorium Akan Dibuka Bermula Disember Ini - Info Semasa

Breaking

Saturday, 7 November 2020

Dua Pilihan Moratorium Akan Dibuka Bermula Disember Ini


 


Dua Pilihan Moratorium Akan Dibuka Bermula Disember Ini


Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam, institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada Peminjam B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal menerima penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Manakala, bagi peminjam dikalangan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000 turut layak menerima manfaat daripada dua pilihan yang akan diberi.


Wajib baca pautan dibawah:



Antara pilihan berikut adalah, menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan ATAU pengurangan bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.

 Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank manakala bagi peminjam golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Termasuklah, membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik”

No comments:

Post a Comment