LIVERPOOL MEMOHON MAAF DAN BUAT PUSINGAN-U
Selepas jenuh dikutuk segenap penjuru, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool telah membuat pusingan U berkenaan keputusan untuk memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja kelab tersebut dan memohon maaf kepada penyokong mereka.
INGINKAN INFO LEBIH TENTANG LIVERPOOL BOLEH TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
INGINKAN INFO LEBIH TENTANG LIVERPOOL BOLEH TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
Pada Sabtu, kelab tersebut berkata mereka akan memohon skim pengekalan pekerjaan yang memerlukan kerajaan membayar 80 peratus daripada gaji pekerja menggunakan duit pembayar cukai. Tindakan itu bukan sahaja menjadi bahan kutukan di seluruh dunia, malah penyokong mereka sendiri dan juga bekas pemain seperti Jamie Carragher telah mengecam pihak pengurusan kelab kerana membuat tindakan yang memalukan.
Dalam satu surat, Pengerusi Eksekutif Liverpool, Peter Moore telah memohon maaf kepada semua pihak mengenai tindakan mereka dan sebenarnya terdapat sedikit salah faham. “Kami percaya yang kami membuat kesimpulan yang salah pada minggu lepas dan kami benar-benar memohon maaf kerana perkara tersebut.”
Beliau mengatakan, ayat “memilih untuk mencari alternatif lain” adalah bermaksud mereka akan tetap membayar pekerja.
Pusingan U itu mungkin terpaksa dibuat selepas kritikan semakin memuncak dan memaksa perbincangan dilakukan di antara pemilik kelab, Fenway Sports Group, jawatankuasa eksekutif dan semua pemegang taruh. Liverpool telah menjadi pasukan kelima dalam EPL yang memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka ketika semua pertandingan musim ini digantung disebabkan krisis pandemik coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda.
Pekerja yang dicutikan itu akan menerima 80 peratus daripada nilai gaji mereka menerusi skim pengekalan pekerjaan kerajaan sedangkan pasukan itu telah mendapat keuntungan bersih sebanyak £42 juta pada musim lepas. Malah Liverpool merupakan pasukan bola sepak ketujuh terkaya di dunia.
KREDIT ARTIKEL : semuanyabola.com
KREDIT ARTIKEL : semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment