KEDAH, KELANTAN , MELAKA, PENANG BAYAR HUTANG DULU SEBELUM POTONG GAJI PEMAIN-TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim memberi peringatan kepada beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) agar tidak menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk membuat pemotongan gaji sebelum menyelesaikan perkara yang lebih utama.
INGIN TAHU LEBIH INFO SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
Dalam kenyataannya yang disiarkan di akaun media sosial Johor Southern Tigers, TMJ menegaskan agar jangan bercakap mengenai pemotongan gaji sekiranya masih ada tunggakan dua atau tiga bulan gaji dengan pemain. Isu pemotongan gaji dalam kalangan pemain bola sepak kini menjadi topik utama yang dibincangkan dalam arena bola sepak di seluruh dunia selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengeluarkan garis panduan mengenai perkara itu kepada semua pasukan bola sepak.
“Pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang harus menyelesaikan hutang dengan pemain mereka sebelum memotong gaji ekoran pandemik ini. “Ini bukan soal pemain tidak mahu memberi kerjasama, malah semua pemain bersedia untuk bekerjasama. Tetapi pastikan segala hutang dengan pemain diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi alasan Covid-19 untuk memotong gaji mereka.” ujar pemilik Johor Darul Ta’zim itu.
Tambahnya lagi, kebanyakan pasukan bola sepak masih bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan negeri dan pasukan-pasukan ini sepatutnya tiada masalah untuk membayar gaji seperti biasa.
KREDIT ARTIKEL: semuanyabola.com
No comments:
Post a Comment