APA NASIB PASUKAN LIGA MALAYSIA? - Info Semasa

Breaking

Thursday, 9 April 2020

APA NASIB PASUKAN LIGA MALAYSIA?


APA NASIB PASUKAN LIGA MALAYSIA JIKA PKP DILANJUTKAN?





Liga Malaysia telah pun ditangguhkan sejak 16 Mac sehingga tarikh yang masih belum diketahui memandangkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih tidak memberikan sebarang tarikh mahupun sasaran bilakah saingan akan kembali bermula.
Kini timbul isu kewangan melibatkan kelab-kelab bola sepak di seluruh dunia selepas hampir semua pertandingan dan liga bola sepak telah digantung atau tertangguh ekoran penularan wabak coronovirus (COVID-19). Persatuan Bola Sepak (FA) England telah pun memaklumkan bahawa kelab dan liga bola sepak di England berisiko untuk ‘lenyap’ sekiranya perlawanan tidak dapat diteruskan untuk jangka masa yang lama ekoran pandemik COVID-19.


Bagaimana pula dengan nasib pasukan-pasukan Liga Malaysia?
Seperti yang ditulis di atas, antara sumber untuk menampung kewangan pasukan adalah penajaan, wang hak penyiaran dan tiket perlawanan. Namun demikian, kebanyakan pasukan-pasukan ‘besar’ di Malaysia ini sumber utama mereka sebenarnya adalah dana daripada kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah, Terengganu, Perak, Sabah dan lain-lain. Sumber lain yang dinyatakan di atas bagi mereka hanyalah sekadar ‘wang sampingan’.
Bagi pasukan-pasukan ini, memang kerajaan negeri mereka akan mengeluarkan sejumlah wang untuk ‘dihanguskan’ setiap tahun. ‘Hangus’ bermaksud mereka tidak pernah memberi pulangan semula daripada wang yang telah ‘dilaburkan’. Berilah peruntukan RM10 juta, RM20 juta mahupun RM30 juta sekalipun setiap tahun. Ianya akan habis dibelanjakan untuk membayar gaji dan kos-kos operasi yang lain.




Sebab itulah dalam kalangan pasukan-pasukan ini tidak timbul isu mengenai pemotongan gaji pemain kerana mereka tidak pernah memikirkan soal ‘untung dan rugi’ pada setiap musim. Memang setiap tahun jutaan ringgit akan dihabiskan begitu sahaja kerana mereka tahu pada tahun hadapan peruntukan akan terus masuk seperti biasa.
Oleh yang demikian, kemungkinan besar pemain, jurulatih, pegawai dan staf pasukan-pasukan besar ini tidak perlu risau mengenai gaji mereka.




Bagaimana nasib pasukan ‘kecil’?
Bagi beberapa pasukan yang tidak mendapat bantuan daripada kerajaan negeri seperti PJ City FC, UiTM FC, dan UKM FC, tentunya penangguhan liga ini memberikan impak yang ketara kerana mereka tidak ada sumber kewangan yang besar dan amat bergantung kepada penajaan.
Malah mereka juga tiada ‘fan base’ yang kuat dan tidak boleh berharap kepada jualan tiket perlawanan. Timbul juga persoalan mengenai beberapa pasukan lain yang pernah terpalit dengan isu tunggakan gaji seperti Melaka United, PDRM, Kelantan, Pulau Pinang dan Felda United. Mungkin sebahagiannya menerima dana daripada kerajaan negeri ataupun pihak pengurusan masing-masing, tetapi nilainya mungkin agak kecil.




Jadi sama ada mereka mampu bertahan ataupun tidak, semuanya bergantung kepada penaja masing-masing. Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman ketika dihubungi SemuanyaBOLA ada menjelaskan mengenai isu penajaan dan pemotongan gaji melibatkan pasukannya. “Kami ini memang ada bajet [dari pihak FELDA] tetapi ianya kecil dan memanglah kami ada penaja. Tapi penaja ini juga merupakan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan, sekiranya perniagaan masing-masing merosot, kita risau juga jika mereka tarik diri atau mengurangkan jumlah penajaan yang mereka mahu berikan.
“Jadi kami pun mungkin perlu juga bincangkan mengenai pemotongan gaji dan serahkan kepada lembaga pengarah untuk memutuskan hal ini kerana dikatakan sama ada Jun atau Julai baru liga akan bermula. “Cadangan daripada AFC supaya pasukan membuat pemotongan gaji pemain sebanyak 30 peratus mungkin kami perlu bincangkan. Tetapi saya rasa tidaklah sehingga 30 peratus” katanya.




Tambah Afizal lagi, untuk lebih adil mungkin pihaknya perlu buat pemotongan mengikut tangga gaji kerana setiap pemain sudah tentu ada komitmen dan gaji mereka di Felda United bukanlah tinggi. “Contoh mungkin gaji RM20,000 ke RM30,000 potong 20 peratus, RM10,000 ke RM20,000 sebanyak 15 peratus, RM5,000 ke RM10,000 potong 10 peratus dan RM5,000 ke bawah cuma 5 peratus.”
Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Zulakbal Abd Karim pula dalam kenyatannya kepada Harian Metro turut menjangkakan pasukan-pasukan kecil Liga Malaysia yang tidak mendapat dana dari kerajaan negeri ini amat berisiko untuk berdepan dengan masalah kewangan.
“Sedangkan semasa liga berlangsung dan tidak dihentikan kerana Covid-19 pun banyak kelab kecil dan besar masih gagal menunaikan amanah membayar gaji pemain dan pegawai, inikan pula semasa liga ditangguhkan kini. “Saya bimbang banyak syarikat swasta dan konglomerat terjejas oleh Covid-19 ini. Maka saya percaya akan ada penaja yang menarik diri daripada menaja pasukan kecil dan besar di liga kita. Justeru, pasti akan ada pasukan yang terjejas dari segi kewangan,”





Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga telah berjanji akan membantu kelab-kelab bola sepak di seluruh dunia yang kewangannya terkesan secara langsung dengan COVID-19. Dengan rizab yang dimiliki badan induk bola sepak dunia itu dilaporkan sebanyak $2.7 bilion (RM11.7 bilion), menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu pasukan bola sepak di seluruh dunia untuk tidak ‘terkubur’ dan mampu berdiri bagi meneruskan saingan.
INGIN TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PASUKAN LIGA MALAYSIA SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:



KREDIT ARTIKEL : semuanyabola.com


No comments:

Post a Comment