MANCHESTER UNITED CATAT SEJARAH BARU KEMENANGAN DOUBLE KE ATAS CITY DALAM MASA SEDEKAD - Info Semasa

Breaking

Sunday, 8 March 2020

MANCHESTER UNITED CATAT SEJARAH BARU KEMENANGAN DOUBLE KE ATAS CITY DALAM MASA SEDEKAD




MANCHESTER UNITED CATAT SEJARAH BARU KEMENANGAN DOUBLE KE ATAS CITY DALAM MASA SEDEKAD 





Manchester United melengkapkan double (kemenangan home dan away) pertama ke atas Man City dalam masa sedekad selepas menang mudah 2-0 dalam aksi Premier League di Old Trafford semalam. Ini juga adalah double Man City pertama buat United sejak persaraan Sir Alex Ferguson.

INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:


Ketika perlawanan away di Etihad Stadium pada 8 Disember 2019, Manchester United menang 2-1 hasil jaringan sepakan penalti Marcus Rashford dan Anthony Martial. Gol City dijaringkan oleh Nicolas Otamendi. Perlawanan ini merupakan mimpi ngeri buat penjaga gol Man City, Ederson yang biasanya boleh diharap. Penjaga gol Brazil ini menghadiahkan kedua-dua gol perlawanan yang membuatkan pasukannya semakin jauh ketinggalan dari Liverpool.




Pendahulu liga itu kini hanya memerlukan dua kemenangan dari baki sembilan perlawanan untuk mengecapi kejuaraan Premier League pertama mereka dalam masa hampir 30 tahun. Pada minit ke-30, Ederson membenarkan percubaan biasa Anthony Martial bergolek melepasi badannya susulan daripada sepakan percuma Bruno Fernandes.
City menentang keras keputusan pengadil Mike Dean memberikan sepakan percuma tersebut selepas Ilkay Gundogan menjatuhkan Fernandes. Tetapi untuk berlaku adil kepada United, mereka juga sepatutnya diberikan penalti apabila Nicolas Otamendi menjatuhkan Fred dalam kotak penalti. Sebaliknya Mike Dean menghukum Fred dengan kad kuning kerana simulasi.
Sejam kemudian, beliau membaling bola terus kepada Scott McTominay yang menunjukkan teknik bagus untuk melepaskan rembatan kali pertama dari jarak jauh yang cantik. Gol tersebut membuatkan penyokong di Stretford End menjadi ‘gila’.Sebelum itu, Sergio Aguero menyaksikan golnya dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid. Walaupun City mendominasi penguasaan bola, ia tidak menghalang United daripada menikmati rentetan 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan setakat ini.



Kemenangan ini turut membolehkan United mengimpikan tempat ke-4 liga. Mereka kini hanya tiga mata di belakang Chelsea yang berada di tempat keempat. City akan melayan kunjungan Arsenal dalam aksi Premier League pada awal pagi Khamis waktu Malaysia nanti. United pula akan bertemu dengan pasukan Austria, LASK dalam aksi UEFA Europa League pada awal pagi Jumaat.


No comments:

Post a Comment