PETRUS SHITEMBI SAH MILIK SABAH FA DAN LENGKAPKAN PEMBELIAN PEMAIN IMPORT
Sabah akhirnya melengkapkan kuota pemain importnya selepas berjaya mendapatkan pemain import dari Namibia, Petrus Shitembi dengan kontrak selama setahun bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super pada musim ini.
INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengumumkan penyertaan pemain tengah berusia 27 tahun itu dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat SAFA pada Selasa.Dengan tirai Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi, ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto kini sudah boleh mencongak strategi dan kesebelasan terbaiknya.
Presiden PAFA, Datuk Peter Anthony dalam kenyataannya menjelaskan, pemilihan Petrus dibuat berdasarkan prestasi memberangsangkan yang dipamerkan oleh pemain berkenaan ketika sesi percubaan bersama skuad Tambadau dalam siri jelajah pra-musim di Indonesia baru-baru ini.“Kita telah membuat keputusan untuk melengkapkan kuota pemain import dengan membawa masuk Petrus yang dilihat mempamerkan aksi memberangsangkan ketika pramusim di Indonesia, baru-baru ini,” katanya.Aksi lincah bekas pemain Lusaka Dynamos itu telah mencuri perhatian banyak pihak dan rata-rata penyokong Sabah memuji persembahannya dan meminta pihak pengurusan segera mengikat pemain tersebut.
Sabah sebelum ini telah mengekalkan dua pemain import pada musim lepas iaitu Rodojub Paunovic dan Park Taesu dan mengikat pemain Thailand, Dennis Buschening dan penyerang Puerto Rico, Hector Omar Ramos.Dalam pada itu, Peter mengakui prestasi Sabah ketika aksi pra-musim di Indonesia tidak memberangsangkan, namun beliau masih optimis pasukannya mampu untuk memberi saingan sengit dalam saingan Liga Super.
“Ia bukan tugas mudah, namun saya yakin dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto, untuk membentuk satu pasukan yang mantap.” katanya lagi.Sabah turut mengumumkan Datuk Juil Nuatim dan Datuk Rahman Zakaria sebagai pengurus pasukan Piala Presiden serta Piala Belia Sabah.
No comments:
Post a Comment