LIVERPOOL 5 KALI MENANG BERSIH - Info Semasa

Breaking

Thursday, 2 January 2020

LIVERPOOL 5 KALI MENANG BERSIH



LIVERPOOL 5 KALI MENANG BERSIH 





Liverpool turun buat pertama kali pada tahun 2020 untuk aksi Liga Perdana Inggeris. Lawan mereka adalah Sheffield United di Stadium Anfield dan ini adalah kemenangan bersih mereka tanpa ada sebarang jaringan dari pihak lawan. Liverpool menang tewaskan Sheffield United 2-0.
INGINKAN INFO LEBUH SILA TEKAN PAUTAN BIRU DIBAWAH:

Liverpool ternyata tidak menunggu lama apabila mereka terus di hadapan pada seawal minit ke 4'. Mohamed Salah menerima bola kemas daripada Andrew Robertson. Mo Salah melakukan satu rembatan leret hasil first time shot yang kemas menewaskan Dean Henderson. Liverpool terus dominan dan mereka sekali lagi menghadirkan ancaman menerusi Mo Salah yang menerima hantaran licik Sadio Mane. Tetapi sekali lagi Dean Henderson bertindak cemerlang. Virgil Van Dijk cemerlang melakukan bentesan untuk menafikan serangan pasukan lawan yang membentuk 3 vs 2 di kawasan Liverpool pada minit akhir sebelum rehat.

Pada separuh masa kedua, Liverpool mendapat peluang gol menerui sepakan penjuru, namun Virgil Van Dijk gagal menyempurnakan gol dari jarak dekat. Gol kedua Liverpool akhirnya tiba jua pada minit ke 65'. Ini berpunca daripada hantaran licik Mohamed Salah yang disudahkan Sadio Mane, hasil susulan , sebaik sahaja percubaan pertama di nafikan Dean Henderson.Liverpool berjaya memastikan 3 mata lagi di dalam tangan mereka dengan kemenangan ke atas Sheffield United dengan jaringan 2-0.

No comments:

Post a Comment