THE REDS KEKALKAN REKOD KEMENANGAN
Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka dengan menewaskan Bournemouth di Stadium Vitality. Kemenangan tersebut telah meletakkan Liverpool kini 11 mata di atas Leicester City yang berada di tangga kedua. Manchester City pula keciciran mata di Etihad dalam aksi derbi.
Jurgen Klopp terpaksa melakukan penggiliran pemain kerana jadual Disember yang padat buat untuk Liverpool. Alex Oxlade-Chamberlain, salah seorang pemain yang terlibat dalam pengiliran pemain. Klopp melakukan 7 perubahan pada kali ini. Chamberlain membuka tirai jaringan pada minit ke 35, hasil umpanan cantik oleh Jordan Henderson. Sebelum rehat, Naby Keita menjadikan kedudukan 0-2 selepas menerima satu hantaran backheel yang licik kepada Keita.
Pada separuh masa kedua, giliran Keita pula mencipta gol untuk Mohamed Salah. Salah dengan mudah menyempurnakan peluang 1 lawan 1 berhadapan penjaga gol. Liverpool memiliki beberapa lagi peluang gol tetapi gagal di sudahkan. Namun begitu, kemenangan 3-0 jelas sekali memberikan senyuman puas di wajah Jugen Klopp.
No comments:
Post a Comment