Mesut Ozil kini sedang mengalami kesukaran untuk membiasakan dirinya bersama kelab terbaru beliau, Fenerbahce.
Selepas kontraknya ditamatkan oleh Arsenal pada Januari lalu, pemenang Piala Dunia itu memutuskan untuk menyertai kelab kanak-kanak beliau dan memenuhi janji yang pernah dibuat bersama ibunya.
Pemain berusia 32 tahun itu memilih untuk menyarung jersi bernombor 67, dan membuat debutnya ketika beraksi bertemu Hatayspor dalam saingan Turkish Super Lig pada 2 Februari yang lalu.
Wajib tekan pautan dibawah:
Fenerbahce memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1 namun Ozil gagal untuk memberikan impak kepada skuad dalam perlawanan itu.
Dari lima perlawanan yang telah beliau mainkan, Fenerbahce tewas tiga darinya dan Ozil sekali lagi gagal untuk memberikan impak yang diharapkan dalam kesemua lima perlawanan tersebut.
Mereka turut tersingkir dari saingan Turkish Cup selepas tewas kepada Istanbul Basaksehir dan kini Fenerbahce berada di kedudukan ketiga dalam saingan liga.
Walau bagaimanapun, jarak mata antara mereka dengan dua pasukan teratas tidak jauh bezanya dengan mengumpul jumlah mata yang sama dengan Besiktas yang berada di kedudukan kedua dan tiga mata dibelakang pendahulu saingan liga, Galatasaray.
Keputusan terbaru yang dicatatkan oleh Fenerbahce adalah tewas 1-0 di halaman mereka sendiri kepada pasukan pertengahan liga, Giztepe.
Mereka kini sangat terdesak untuk mencatatkan kemenangan bertemu Trabzonspor yang bakal dilangsungkan minggu hadapan.
Apa yang lebih membimbangkan lagi adakah, Mesut Ozil sehingga kini masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol atau mencatatkan assists setiap kali beliau diturunkan beraksi bersama Fenerbahce.
Bekas pemain Real Madrid dan Werder Bremen itu sebelum ini telah diabaikan sepenuhnya oleh Arsenal dengan hampir 10 bulan beliau tidak diturunkan oleh Mikel Arteta.
Mungkin kerana sudah terlalu lama disisihkan dan tidak beraksi, Ozil sedikit bergelut untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.
WhoScores Ratings yang beliau catatkan sepanjang beraksi bersama Fenerbahce menjelaskan tentang kesukaran yang beliau hadapi ketika ini.
Ozil turut dikritik teruk oleh media Jerman kerana mendapati beliau sering menyanyikan lagu kebangsaan Turki setiap kali sebelum sepak mula perlawanan.
Lagu kebangsaan Turki sememangnya akan dipasang setiap kali sebelum sepak mula mana-mana perlawanan dan media Jerman memandang serius berkait isu tersebut.
Apa lagi ketika memikirkan bahawa Ozil sebelum ini hanya akan berdoa sebagai seorang muslim yang baik ketika lagu kebangsaan Jerman dipasang, dan beliau tidak ikut nyanyi sama.
Beliau bersara dari dunia bola sepak antarabangsa pada tahun 2018 dan alasan utama beliau membuat keputusan tersebut adalah kerana masalah perkauman dan beliau rasa tidak dihormati.
Sumber Artikel : https://sukan.my/
No comments:
Post a Comment