Manchester United Menawarkan 3 Pemain Kepada West Ham Untuk Dapatkan Declan Rice - Info Semasa

Breaking

Thursday, 25 February 2021

Manchester United Menawarkan 3 Pemain Kepada West Ham Untuk Dapatkan Declan Rice


 


Manchester United sekali lagi menghidupkan peluang untuk mendapatkan pemain tengah England, Declan Rice dari West Ham United dengan menawarkan salah satu daripada tiga orang pemain mereka bagi menyelesaikan rundingan tersebut.

Bukan lagi rahsia Ole Gunnar Solskjaer sangat berminat dengan pemain berusia 22 tahun itu sejak awal dilantik selaku pengurus United dan seleranya itu juga menepati tradisi kelab yang mementingkan pemain British.


Wajib tekan pautan dibawah:



Sebelum ini West Ham meletakkan harga sehingga  £70 juta (RM397 juta) yang diangaap terlalu tinggi dalam keadaan ekonomi semasa, namun ejen pemain tersebut percaya ia boleh diselesaikan dengan harga yang lebih rendah sekitar £50 juta dan disertakan dengan seorang pemain.

Difahamkan tiga pemain yang ditawarkan kepada skuad kendalain David Moyes itu adalah Nemanja Matic, Phil Jones dan Jesse Lingard yang dinilaikan kira-kira £10 juta setiap seorang.

West Ham tentunya lebih berminat dengan Lingard yang sedang dipinjamkan ke kelab London tersebut. Dalam empat perlawanan, pemain berusia 28 tahun itu telah menjaringkan tiga gol dan menyumbang satu bantuan jaringan.

United juga sedang mencari pemain pertahanan tengah baharu. Maka pembelian Rice boleh menjadi strategi serampang dua mata buat Solskjaer kerana pemain tersebut juga boleh beraksi dengan baik di posisi pertahanan sekiranya diperlukan.

Sebelum ini Frank Lampard juga berminat dengan bekas pemain akademi Chelsea itu, namun selepas pemecatannya, Thomas Tuchel tentunya mempunyai perancangannya sendiri.

Namun Rice juga sedang diintai oleh kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain seperti Liverpool dan Manchester City yang pastinya menyukarkan West Ham United untuk mengekalkannya pada musim panas akan datang.


Kredit : https://www.semuanyabola.com/

No comments:

Post a Comment