Aksi Timo Werner Terciduk Ketika Sepakan Sudut Menjadi Bahan Lucu
Pengurus pasukan, Frank Lampard kini semakin tertekan dengan keputusan tersebut, dan kedudukan beliau di Stamford Bridge juga sudah tidak selamat lagi.
Chelsea kini semakin hangat dikaitkan dengan bakal membawa Thomas Tuchel dan Massimiliano Allegri ke Stamford Bridge bagi menggantikan Frank Lampard.
Wajib baca pautan di bawah:
Salah satu kritikan yang sering dilemparkan kepada legenda kelab itu adalah kegagalan beliau menguruskan pasukan selepas kelab mengeluarkan dana yang besar pada jendela perpindahan baru-baru ini.
Kebanyakkan bintang mega yang dibawa masuk gagal untuk bersinar dan tidak mencapai tahap persembahan yang dikehendaki.
Salah seorang bintang yang sama sekali gagal untuk mempamerkan kecemerlangannya di pentas premier league adalah Timo Werner.
https://twitter.com/RiZzyUTD/status/1345798301338259456
Pemain kebangsaan Jerman itu sukar untuk mendapatkan kembali rentak persembahan beliau seperti ketika beraksi bersama RB Leipzig sebelum ini.
Selepas cuma menjaringkan empat gol sahaja dari 17 penampilan dalam pentas premier league, Werner sering melakukan kesilapan dungu yang mengundang kecaman dari kalangan peminat.
Terbaru, beliau sekali lagi melakukan kesilapan dalam aksi kekalahan 1-3 Chelsea kepada Manchester City awal pagi tadi.
Beliau dengan tiba-tiba hampir saja Mencederakan diri sendiri ketika mengambil sepakan penjuru dan bukan itu saja, Werner ketika itu sebenarnya mencuba untuk mengambil sepakan pantas.
Insiden tersebut sama sekali tidak memberi impak apa-apa kepada perlawanan, memandangkan Chelsea ketika itu sememangnya sudah ketinggalan.
Namun, insiden tersebut jelas menunjukkan bertapa teruk dan buruknya persembahan Werner dalam perlawanan ini.
Pada minit ke-18 permainan, Manchester City membuka tirai jaringan menerusi IIkay Gundogan yang menerima hantaran cantik dari Phil Foden.
Beliau berjaya melepaskan rembatan padu menewaskan Edouard Mendy untuk City mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.
Tiga minit kemudian, giliran Phil Foden pula mencatat nama sebagai penjaring dengan menjaringkan gol kedua untuk City mendahului Chelsea 2-0.
City memulakan build up dari bawah dan Kevin De Bruyne berjaya melorongkan bola dengan kemas dan cantik menemui Phil Foden yang hanya melakukan satu sentuhan mudah untuk menewaskan Mendy.
Pada minit ke-33, Raheem Sterling berpeluang untuk mencipta jaringan selepas beliau berjaya melarikan bola dari kawasan tengah padang menuju ke dalam kotak penalti Chelsea dengan hanya dikejar oleh Kante sahaja.
Namun, beliau gagal untuk melepaskan rembatan sebaliknya kelihatan tidak tentu arah di hadapan gol lalu melepaskan rembatan lambung yang sekadar singgah di tiang gol.
Bola tersebut kemudiannya terbias menemui Kevin De Bruyne yang sudah bersedia di hadapan gol Chelsea, dan pemain kebangsaan Belgium itu dengan mudah melepaskan rembatan leret untuk menjaringkan gol ketiga City.
Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Chelsea berjaya memperoleh gol sagu hati hasil jaringan dari Callum Hudson-Odoi.
Pengadil membunyikan wisel penamat dan Manchester City berjaya membenam Chelsea dengan keputusan 3-1.
Skuad kendalian Pep Guardiola kini berada di kedudukan kelima dalam saingan liga dengan mengumpul 29 dari 15 perlawanan.
Mereka masih berpeluang untuk kembali menjadi pencabar kejuaraan liga musim ini kerana masih berbaki satu perlawanan yang belum dimainkan.
Kekalahan ini sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada Frank Lampard yang berkemungkinan akan dipecat oleh pengurusan kelab yang tidak berpuas hati dengan hasil yang beliau berikan.
No comments:
Post a Comment