THE RED DEVIL BERPESTA GOL TETAPI PROTES ANTI GLAZER DAN WOODWARD TETAP BERGEMA - Info Semasa

Breaking

Sunday, 26 January 2020

THE RED DEVIL BERPESTA GOL TETAPI PROTES ANTI GLAZER DAN WOODWARD TETAP BERGEMA



THE RED DEVIL BERPESTA GOL TETAPI PROTES ANTI GLAZER DAN WOODWARD TETAP BERGEMA






Manchetser United melepasi pusingan keempat Piala FA 2019/20 dengan mudah. Mereka membelasah Tranmere 6-0.Perlawanan berlangsung di atas padang yang sangat teruk. Namun ia bukan alasan untuk Man United tidak melepasi lawan mereka itu yang sebelum ini mengejutkan finalis musim lalu, Watford.INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DI BAWAH:


Separuh masa pertama sahaja, Red Devils sudah mendahului 5 gol tanpa balas. Kapten Harry Maguire dan Diogo Dalot menjaringkan gol sulung mereka untuk Man United.Sementara itu, Phil Jones pula menjaringkan gol pertama beliau sejak Mac 2014, ketika itu di bawah kendalian David Moyes.Jesse Lingard dan Anthony Martial masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.Satu lagi gol United hadir pada separuh masa kedua, menerusi Mason Greenwood. Pemain remaja itu menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-56.
Walaupun pasukan mereka menang besar dan membunuh perlawanan ini seawal 20 minit pertama lagi, para penyokong Man United tetap melancarkan protes.Seramai 2,000 penyokong Manchester United berkunjung ke Tranmere dan mereka dengan vokal melakukan protes ke atas keluarga Glazer dan Ed Woodward.Penyokong United menyanyikan beberapa lagu protes dan juga berkata: “We’re Man Utd, we’ll sing what we want [Kami adalah Man United, kami akan nyanyikan apa sahaja kami mahu].”Penyokong Manchester United kecewa dengan Glazer yang tidak melabur lebih banyak dalam pasukan bagi menguatkan lagi Manchester United.

No comments:

Post a Comment