LIVERPOOL HAMPIR DI KALAHKAN OLEH SHREWSBURY
Shrewsbury hampir sahaja menyingkirkan Liverpool pada pusingan keempat Piala FA.Pasukan League One itu ketinggalan awal di tangan Liverpool. Ini selepas Curtis Jones dengan kemas menerima bola di dalam kotak penalti dan merembat masuk melepasi penjaga gol. INGINKAN INFO LEBIH SILA TEKAN PAUTAN DIBAWAH:
Liverpool berterima kasih kepada Adrian yang melakukan beberapa siri ‘save’ untuk menafikan percubaan pasukan lawan.
Pada separuh masa kedua, baru sahaja sepak mula perlawanan dimulakan, pemain Shrewsbury, Donald Love tertampan bola ke gawang sendiri.Liverpool kemudiannya agak sambil lewa. Pasukan lawan mereka pula meningkatkan lagi intensiti permainan.Pemain gantian Jason Cummings menjadi mimpi ngeri Liverpool. Beliau masuk dan dan menjaringkan 2 gol untuk pasukannya.Gol pertama adalah menerusi penalti. Manakala gol kedua adalah hasil usaha beliau memperdaya Dejan Lovren dan kemudiannya menewaskan Adrian.
Klopp memasukkan Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.Namun masih gagal untuk mengubah nasib Liverpool.Perlawanan berkesudahan seri dua sama. Dan perlawanan ulangan akan dibawa ke Anfield selepas ini.Bukan perlawanan ulangan yang diinginkan Klopp kerana mereka selepas ini ada jadual yang padat.Tamat perlawanan para penyokong Shrewsbury masuk ke dalam padang untuk meraikan kemenangan pasukan mereka dan mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan para pemain Liverpool.
No comments:
Post a Comment