MANCHESTER UNITED TERPAKSA KERJA KERAS UNTUK MENYAMAKAN KEDUDUKAN - Info Semasa

Breaking

Sunday, 15 December 2019

MANCHESTER UNITED TERPAKSA KERJA KERAS UNTUK MENYAMAKAN KEDUDUKAN



MANCHESTER UNITED TERPAKSA KERJA KERAS UNTUK MENYAMAKAN KEDUDUKAN 







Manchester United bernasib baik selepas pemain gantian, Mason Greenwood menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan untuk mencatat keputusan seri 1-1 menentang Everton dalam saingan Liga perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford. 

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengekalkan skuad yang sama ketika menumpaskan Manchester City pada minggu lepas. Paul Pogba masih belum cergas sepenuhnya untuk di turunkan pada perlawanan ini. Pengurus sementara Everton, Duncan Ferguson pula membuat perubahan dengan Djibril Sidbe, Theo Walcott, Morgan Schneiderin, Gylfi Sigurdsson semuanya di ketepikan kerana kecederaan dan di gantikan dengan Seamus Coleman, Yerry Mina, Tom Davies dan Bernard.

Bermula hantaran lintang dari Leighton Baines dari sebelah kanan, Dominic Calvert-Lewin melompat untuk membuat tandukan dan cuba di cabar oleh David De Gea, Namun tumbukan De Gea itu tersasar dan bola terus terjatuh ke arah kaki Victor Lindelof kemudian masuk ke dalam gol United. Semakan pengadil yang dibuat menerusi VAR menunjukkan tiada sebarang kekasaran yang dibuat ke atas De Gea dan gol tersebut di sahkan.

Pada babak kedua di minit 64' Solskjaer membuat perubahan dengan mengeluarkan Lingard dan memasukkan penyerang remaja, Mason Greenwood yang cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menambah impak di bahagian serangan. Percaturan itu ternyata berbaloi selepas pemain 18 tahun itu menjaringkan gol penyamaan 12 minit kemudian menerusi rembatan leret di hadapan kotak penalti menuju sudut kanan gawang gol Everton. Tamat perlawanan, kedudukan kekal 1-1 dan keputusan menyaksikan Everton kekal di kedudukan 16 sementara The Red Devils pula tidak berganjak keenam liga.

No comments:

Post a Comment