KERANA KRITIKAN OZIL TERHADAP ISU KAUM UIGHUR CHINA TELAH BATALKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN ARSENAL DENGAN MAN CITY - Info Semasa

Breaking

Sunday, 15 December 2019

KERANA KRITIKAN OZIL TERHADAP ISU KAUM UIGHUR CHINA TELAH BATALKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN ARSENAL DENGAN MAN CITY


KERANA KRITIKAN OZIL TERHADAP ISU KAUM  UIGHUR, CHINA TELAH BATALKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN ARSENAL DENGAN MAN CITY






Syarikat penyiaran China, CCTV telah membatalkan siaran langsung perlawanan Arsenal menentang Manchester City pada ahad selepas Mesut Ozil mengeluarkan komen menerusi media sosial mengenai isu etnik minoriti Uighur yang di tindas di China.

Ozil membuat hantaran menerusi Twitter dan Instagram yang menyentuh keadaan kritikan yang di hadapi golongan muslim Uighur di sebabkan polisi kerajaan China. Akhbar berbahasa Inggeris China, The Global Times melaporkan, Perlawanan tersebut tidak akan diudarakan kerana kenyataan Ozil itu telah mengecewakan peminat bola sepak dan pihak berkuasa negara berkenaan.

Ozil secara jelas tidak senang tindakan Beijing yang dianggap menindas 'pejuang Uighur' dan turut mengkritik negara islam yang mendiamkan diri dengan isu tersebut. Dalam hantarannya, Ozil menulis,"(Di China) Al-Quran dibakar, Masjid di tutup, sekolah agama dan madrasah di haramkan, agamawan dibunuh seorang demi seorang. Dengan semua ini,(negara) Islam masih berdiam diri.

Bagaimanapun, Arsenal dalam kenyataannya mengatakan kelab tersebut tidak terlibat dengan komen yang dikeluarkan oleh mereka.

No comments:

Post a Comment