PENDAFTARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 4.0 DIBUKA MULAI 15 HINGGA 31 JULAI 2021.
Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021, Kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melalui Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0. Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu mengharungi tempoh yang masih mencabar pada ketika ini.
Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) melibatkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan. Penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.
Tarikh buka permohonan: 15 Julai 2021
Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2021
Kadar Amaun Bantuan
Kelayakan
Perusahan kecil dan sederhana (PKS) Mikro yang tidak pernah menerima GKP1.0, GKP2.0, GKP3.0 sebelum ini sahaja yang layak membuat permohonan.
Untuk membuat permohonan pendaftaran sila tekan "PERMOHONAN" dibahagian bawah.
No comments:
Post a Comment