Dalam suasana ekonomi sekarang, peluang pekerjaan begitu terhad terutamanya buat golongan belia. Justeru itu, di bawah seliaan Majlis Pekerjaan Negara (NEC), Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Penjana Kerjaya 2.0 bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.
Program ini juga membolehkan para belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui on-the-job-training.
Cara mendaftar insentif belia
Cara mendaftar insentif belia adalah seperti berikut ;
- Bagi pekerja, pendaftaran boleh dibuat melalui portal myFuturejobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Manakala, bagi Majikan yang memerlukan perantis atau pekerja bolehlah mengiklankan pengambilan pekerjaan melalui www.myfuturejobs.gov.my DAN untuk mendapatkan insentif gaji pula, majikan bolehlah layari https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk menyertai Program Penjana Kerjaya 2.0 adalah:
- Warganegara Malaysia
- Lepasan sekolah / graduan berumur 18-30 tahun
- Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
- Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun
Untuk makluman,tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2021. Jangan ketinggalan!
No comments:
Post a Comment