Menerusi perutusan khas Perdana Menteri semalam mengenai bantuan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kerajaan sekali lagi memperkenalkan bantuan kewangan BPR Tambahan di bawah pakej PEMERKASA PLUS (PEMERKASA +).
Bantuan tambahan ini akan diberikan kepada semua golongan isi rumah dan golongan bujang yang terjejas.
Kadar bantuan mengikut kategori
Justeru itu, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM2.1 billion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut ;
- Isi rumah berpendapatan di bawah RM200,00 – BPR Tambahan RM500
- Isi rumah berpendapatan antara RM 2,501 hingga RM 5,000 – BPR Tambahan RM300
- Golongan Bujang – BPR Tambahan RM100
Tarikh bayaran BPR Tambahan
Bayaran BPR Tambahan ini akan dimasukkan ke akaun penerima pada;
- Tarikh bayaran BP Tambahan – Hujung bulan Jun 2021
Bayaran ini juga merupakan bayaran fasa terakhir BPR bulan September sebanyak RM2.4 billion seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.
Bagi bantuan BPR Tambahan ini, orang ramai tidak perlu untuk membuat sebarang permohonan kerana semua penerima BPR akan menerima bayaran masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.
Namun, bagi individu BUKAN penerima BPR dan telah membuat permohonan tetapi TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan pada 15 Jun 2021.
Sumber : LHDNM
No comments:
Post a Comment