UEFA beri amaran kelab sertai Liga Super - Info Semasa

Breaking

Sunday, 18 April 2021

UEFA beri amaran kelab sertai Liga Super


 




Badan induk bola sepak Eropah - UEFA memberi amaran kepada kelab yang dikaitkan dengan Liga Super berasingan, bahawa mereka akan berdepan penggantungan daripada saingan domestik dan antarabangsa jika mereka menyertai saingan yang akan mencabar Liga Juara-Juara itu.

Dalam satu kenyataan bersama - persekutuan bola sepak Sepanyol, England, Itali dan UEFA berkata, mereka akan memikirkan "semua ukuran" termasuk mahkamah sekiranya kelab merancang untuk mengadakan kejohanan berasingan.





"Kelab bimbang akan digantung daripada bermain dalam mana-mana kejohanan domestik, Eropah atau tahap dunia dan pemain mereka boleh dinafikan peluang mewakili pasukan kebangsaan," kata UEFA.

UEFA dijangka akan mengemukakan perancangan mereka sendiri bagi melebar dan menstrukturkan Liga Juara-Juara hari ini namun kurang 24 jam sebelum mesyuarat berkenaan, wujud cubaan menubuhkan kejohanan lain membabitkan kelab utama benua berkenaan.

Sky Sports melaporkan Liverpool, Manchester United, Arsenal dan Chelsea antara enam kelab Liga Perdana Inggeris yang bersedia menjadi sebahagian perancangan itu.

"Jika ini berlaku, kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa kami … (dan) juga FIFA serta rakan persatuan – akan kekal bersatu dalam usaha kami menyekat projek ini nyang dibuat untuk kepentingan sendiri beberapa kelab ketika kita perlu lebih penyatuan berbanding sebelum ini," kata UEFA. - Agensi




No comments:

Post a Comment