Liverpool telah merekodkan kerugian berjumlah £46 juta sebelum cukai. Demikianlah laporan kewangan terbaharu juara bertahan Premier League dan jaguh enam kali Champions League itu yang berakhir pada 31 Mei 2020.
Tempoh tersebut hanya melibatkan beberapa bulan di mana bola sepak begitu terkesan akibat perlawanan yang ditangguhkan sebelum bersambung kembali pada Jun 2020.
Liverpool adalah juara Premier League pada musim 2019/20, namun terkeluar dari saingan Champions League pada musim tersebut di pusingan 16 pasukan terbaik selepas tewas kepada Atletico Madrid.
Berapakah nilai angka terlibat?
Perkara utama yang menyumbang kepada kerugian £46 juta itu ialah penunrunan jumlah keuntungan. Nilai untung keseluruhan jatuh £43 juta kepada £490 juta, iaitu kemerosotan sebanyak 8% berbanding 12 bulan sebelum itu.
Jumlah tersebut hanya meliputi tiga bulan kelab dilanda krisis. Kos sebenar kerugian akibat Covid-19 yang terpaksa ditanggung oleh Liverpool adalah jauh lebih besar. Menurut The Athletics, jumlah kerugian kini adalah sekitar £120 juta.
Satu lagi sebab yang menjadi punca ialah peningkatan jumlah dana yang diperlukan untuk membayar gaji yang meningkat sebayak 4.8% dan ini mencecah £325 juta.
Hanya Manchester City membayar jumlah gaji yang lebih tinggi dari Liverpool di Premier League pada hari in.
Hutang luaran kelab turut meningkat dari £50 juta kepada £198 juta, merekodkan peningkatan 296%. The Athletic bagaimanapun difahamkan sejumlah besar dari hutang ini telah dilangsaikan.
Kerugian keseluruhan boleh menjadi lebih arah buat kelab Merseyside ini jika tidak kerana peningkatan 15% keuntungan dari nilai komersial yang melihat peningkatan dari £29 juta keada £217 juta.
Urus kewangan dengan bijaksana
Walaupun merekodkan kerugian, Liverpool tetap yakin mereka masih berada di dalam kedudukan kewangan yang baik.
“Kami berada di dalam keadaan yang baik sebelum pandemik, dan sejak itu kami berjaya mengurus kos dengan efektif dan berhadapan denga keadaan serba tidak menentu ini,” kata Andy Hughes yang juga merupakan Pengarah Urusan kelab.
“Paling penting ialah kami kekal berterusan stabil sepanjang pandemik dan ianya juga adalah dalamperancangan kelab untuk membantu komuniti setempat dan mereka yang tinggal sekitar Anfield dan bandar ini.”
Cabaran Liverpool
Bulan lalu pelaburan berjumlah £538 juta dari RedBird kepada Fenway Sports Group sepatutnya akan membantu meyalurkan stabiliti yang diperlukan Liberpool sehinggalah purata keuntungan semakin pulih.
Pelaburan tersebut juga bermakna Liverpool masih mampu meneruskan pembangunan Anfield Road Stand, yang akan menjadikan kapasiti Anfield kepada 60,000 selepas ini.
Tetapi untuk kelab seperti Liverpool, penyata terkini akaun jelas menggambarkan cabaran yang perlu mereka hadapi, terutama dengan jumlah gaji pemain yang semakin mahal, tetapi jumlah keuntungan terus merosot.
Adakah kedudukan kewanagan ini mendorong Liverpool menyertai European Super League sebelum mini? Mampukah Liverpool terus berbelanja dalam memperkuatkan pasukan selepas ini?
No comments:
Post a Comment