Umum maklum, sejak 11 Mac lalu kerajaan mengumumkan akan mengenakan kompaun RM10, 000 kepada individu yang ingkar SOP, manakala kompaun RM 50,000 pula buat syarikat dan kedai.
Disebabkan keluhan beberapa pihak yang disaman walaupun melakukan kesalahan kecil, kerajaan memutuskan untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM 10, 000.
Sila tekan pautan dibawah:
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jika kesalahan yang dilakukan adalah kecil seperti tidak memakai pelitup muka, pesalah tidak wajar dikenakan kompaun RM10,000.
“Ketegasan undang-undang perlu ada tetapi pada masa yang sama budi bicara juga perlu ada bagi mewujudkan keseimbangan di antara kedua-duanya,” katanya.
Beliau juga menegaskan kompaun tersebut bukan bertujuan menghukum sebaliknya berperanan sebagai langkah pencegahan dan pengajaran agar matlamat kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini tercapai.
Sumber: Awani
No comments:
Post a Comment