Kembali Ke Man United Atau Kekal Di West Ham, Mana Lebih Baik Untuk Lingard? - Info Semasa

Breaking

Sunday, 28 March 2021

Kembali Ke Man United Atau Kekal Di West Ham, Mana Lebih Baik Untuk Lingard?


 





Manchester United sedang berkira-kira untuk menawarkan kontrak baharu kepada pemain tengahnya, Jesse Lingard yang sedang dipinjamkan.

Pemain berusia 28 tahun itu telah membuktikan potensi sebenarnya yang dimilikinya selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama West Ham United dan skuad kebangsaan England.


Sila tekan pautan dibawah:



Beliau berpeluang untuk kembali semula ke United pada musim panas ini dan menamatkan ‘zaman gelapnya’ di Old Trafford.

Namun begitu, segalanya bergantung kepada Lingard untuk memikirkan keputusan terbaik demi masa depannya kerana West Ham juga telah menyatakan minat untuk mendapatkannya secara tetap.

Sejak tiba di London pada Januari lalu, Lingard telah merekodkan lima gol dan dua bantuan jaringan hanya dalam tujuh penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia membolehkan skuad kendalian David Moyes itu menikmati salah satu musim terbaik yang kini hanya dipisahkan dua mata dari kedudukan empat terbaik untuk mendapatkan slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Kecederaan beberapa pemain utama England membolehkan beliau dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan pada minggu ini untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Bagi perlawanan menentang San Marino, beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Menurun laporan media British The Sun, Ole Gunnar Solskjaer lebih cenderung untuk Lingard kembali semula ke pangkuan pasukan dan dimasukkan dalam perancangannya untuk menghadapi musim hadapan.

Namun keputusan tersebut tentunya tidak begitu popular dalam kalangan penyokong kerana United sudah pun mempunyai beberapa pemain di posisinya seperti Bruno Fernandes dan Donny van de Beek.

Apa gunanya memberikan kontrak baharu semata-mata untuk meletakkannya di bangku simpanan sedangkan beliau kini sedang menikmati peningkatan ketara dalam kariernya.

Kontrak semasa Lingard ketika ini akan berakhir pada Jun 2022 dan tentunya United juga tidak mahu beliau meninggalkan kelab secara percuma.

Dengan prestasi semasanya di Stadium London ketika ini dan minat yang tinggi ditunjukkan oleh David Moyes, sekurang-kurangnya beliau boleh dijual dengan harga sekitar £15 juta hingga £20 juta.



Sumber: semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment