Dollah Salleh Terpaksa Rombak Bahagian Serangan - Info Semasa

Breaking

Sunday, 14 March 2021

Dollah Salleh Terpaksa Rombak Bahagian Serangan


 




Pengurus Sri Pahang FC, Dollah Salleh yang telah mengambil alih sebagai pengendali pasukan mungkin merombak jentera serangan untuk aksi selepas ini.

Dollah Salleh terpaksa mengambil alih pasukan selepas pengendali, Thomas Dooley secara istilahnya direhatkan selepas dua perlawanan tidak memihak kepada mereka. Besar kemungkinan ini bermaksud yang Thomas Dooley sudah pun dipecat.


Sila tekan pautan dibawah:



Walaupun tidak sempat melatih pasukan, sebagai bekas pengendali Tok Gajah untuk empat musim sebelum ini, beliau tidak ada masalah untuk mengendalikan pasukan. Begitupun beliau ada menjelaskan yang beliau tidak sempat melatih lagi pasukan jadi tiada sebarang perubahan besar dapat dilakukannya malam tadi.

Sri Pahang terikat tanpa jaringan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat dalam aksi minggu ke-3 Liga Super 2021. Melaka United tampil lebih berbahaya dengan dua percubaan terkena palang gol berbanding Sri Pahang yang boleh dikatakan langsung tidak menguji sepenuhnya Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad kendalian Thomas Dooley hanya meledak satu gol dalam tiga aksi dan sebelum ini beliau menjelaskan masalah mentaliti jentera serangannya. Mereka telah mencipta banyak peluang namun ia gagal disudahkan dengan baik oleh jentera serangan.

Perkara yang sama dibangkitkan oleh Dollah Salleh dengan menyatakan beliau akan memberikan satu lagi peluang buat jentera serangan terutamanya penyerang, Yevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique untuk membuktikan sesuatu selepas ini.

Ujar pengendali berusia 57 tahun itu, “Ada kemungkinan juga terutamanya di bahagian serangan [rombakan pemain]. Saya mungkin beri peluang lagi khasnya kepada pemain import. Nampak di bahagian serangan tidak menyerlah dan membantu.

“Jadi mungkin dalam sehari dua ini saya akan tengok bagaimana keadaan dalam latihan dan kalau patut ditukar, saya akan tukar,” tegas Dollah Salleh lagi.

Tidak pasti bagaimana rombakan yang akan dibuat kerana tanpa pemain import, jentera serangan Sri Pahang hanya tinggal pemain tempatan. Kedua-dua penyerang import telah diberikan ruang namun masih gagal untuk meledak sebarang gol.

Ini yang mungkin menimbulkan perasaan tidak senang pihak pengurusan kerana Yevhen Bokhashvili adalah penyerang yang dibawa oleh Thomas Dooley untuk menggantikan penyerang yang dibawa pengurusan, Sergio Aguero sebelum ini.


Sumber: semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment