Penandatanganan saat akhir Liverpool, Ozan Kabak pernah digantung empat perlawanan kerana meludah lawannya ketika awal musim lalu.
Selepas mengalami krisis kecederaan pemain di posisi pertahanan sejak kebelakangan ini, Juara bertahan Premier League itu dilihat sangat terdesak untuk menandatangani pemain centre-back sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.
Wajib tekan pautan dibawah:
Mereka berjaya melengkapkan perpindahan pemain dari Preston North End, Ben Davies dan masa sama turut melengkapkan perjanjian pinjaman Ozan Kabak dari Schalke.
Para peminat the reds pastinya sangat berharap kedua-dua mereka mampu memberi impak positif selepas kelab kehilangan Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip.
Namun, peminat mungkin tidak tahu tentang detik yang agak memalukan dan melibatkan beliau ketika awal musim lalu.
Pemain berusia 20 tahun itu pernah dilayangkan kad merah ketika Schalke tewas 3-1 kepada Werder Bremen di halaman mereka sendiri September lalu.
Beliau terpaksa meninggalkan padang selepas mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini namun akhirnya terpaksa menjalani hukuman gantung empat perlawanan.
Hal ini kerana, dipenghujung perlawanan tersebut, Kabak bertengkar dengan pemain Bremen, Ludwig Augustinsson dan kemudian meludah pemain itu.
Terdapat satu rakaman yang memperlihatkan Kabak meludah pemain Sweden itu ketika beliau sudah terbaring di tepi padang.
Kabak kemudian dihukum atas kesalahan yang beliau lakukan itu, namun masa sama beliau tetap membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya tidak pernah lagi buat perkara seperti ini dan tidak akan melakukannya kerana ia sangat tidak wajar. Ia merupakan hal yang sangat malang. Dalam apa jua situasi, saya memohon maaf kepada Ludwig.”
Tulis Kabak di laman twitter miliknya.
Kabak kini menjadi pemain berstatus pinjaman bersama Liverpool dan the reds boleh memilih untuk menandatangani beliau secara tetap selepas ini dengan nilai €30 juta.
Schalke pula telah menyenaraikan pemain Arsenal, Shkodran Mustafi sebagai pengganti kepada Kabak, dengan pemain kebangsaan Jerman itu mahu kembali beraksi bersama bekas rakan sepasukannya, Sead Kolasinac di Gelsenkirchen.
Sebelum ini Liverpool dikaitkan dengan Mustafi, kemudian pemain Arsenal itu juga yang membuka ruang kepada the reds untuk mendapatkan Kabak, sungguh besar jasanya pada umat Anfield ya.
No comments:
Post a Comment