Klopp: “Mental Pemain Terlalu Letih, Perjuangan Sudah Berakhir” - Info Semasa

Breaking

Thursday, 4 February 2021

Klopp: “Mental Pemain Terlalu Letih, Perjuangan Sudah Berakhir”


 




Jurgen Klopp mengakui anak-anak buahnya dilihat terlalu penat dari segi mental dan turut mengakui perjuangan mereka sudah berakhir selepas the reds mempamerkan persembahan yang serba tidak menjadi ketika tewas 0-1 di tangan Brighton.

Liverpool juga gagal menjaringkan sebarang gol dari tiga perlawanan terakhir mereka di halaman sendiri secara berturut-turut.



Wajib tekan pautan dibawah:




Ia merupakan rekod terburuk kelab dan kali terakhir mereka gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan di halaman sendiri secara berturut-turut adalah pada tahun 1984.

The Reds kini berada jauh dari landasan terbaik mereka atas pelbagai alasan, mereka sebelum ini bangga selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut di tempat lawan menewaskan West Ham dan Tottenham Hotspur.

Ia merupakan kebangkitan luar biasa dari skuad kendalian Jurgen Klopp selepas mereka mengharungi awal musim yang sangat suram.

Jadi kemenangan menewaskan Tottenham dan West Ham United menjadikan Liverpool kembali bersemangat untuk mencabar kejuaraan liga.

Namun aura positif itu terkubur selepas Liverpool mencatatkan kekalahan kedua mereka di bumi Anfield secara berturut-turut.

Sebelum menanggung dua kekalahan ini, Liverpool cemerlang mempertahankan rekod 68 perlawanan tanpa kalah di Anfield sejak tahun 2017 dalam saingan premier league.

Baik persembahan individu mahupun berpasukan, aksi Liverpool pada musim ini benar-benar diganggu dek masalah kecederaan dan jadual perlawanan yang padat.

Jurgen Klopp sendiri mengakui bahawa sedar tentang kepenatan yang dialami oleh anak-anak buahnya.

“Pertama dan paling penting sekali, Brighton memenangi perlawanan. Ia seharusnya dan mereka layak.”

“Mereka lebih segar berbanding kami malam ini, mereka melakukan lebih banyak perkara yang betul berbanding apa yang kami lakukan dan kami terlalu kerap hilang bola dengan mudah.”

“Cara terbaik untuk bertahan bertemu Brighton adalah dengan menyimpan bola, dan bermain dengan gaya kamu, ketika kita melakukan itu setidaknya nampak kami berjaya menguasai bola.”

“kami tidak banyak mencipta ruang. Bagi saya pasukan kelihatan penat malam ini. Dan sudah lama kami kelihatan seperti ini. Penat. Mental kami penat.”

“Dan itu lah yang membawa kepada kegagalan kami untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik, itu lah puncanya.”

“Ia merupakan minggu yang sukar, dan hari ini kami tidak cukup segar, lama kelamaan kami semakin bagus untuk mematahkan formasi Brighton.”

“Pada akhirnya mereka menjaringkan gol, ada kesempatan lain, kami juga melakukan dengan baik, namun mereka menjaringkan gol dan sebab itu mereka berhak untuk menang.”

Berita ini mungkin sedikit menggembirakan Pep Guardiola yang setakat ini sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda letih dengan terus menerus mencatat kemenangan.

Liverpool kini tujuh mata dibelakang pendahulu saingan liga Manchester City, dan andai pertemuan antara kedua-dua pasukan itu pada hujung minggu nanti berakhir dengan the reds tewas, maka mereka akan berada 10 mata di belakang The Citizens.

Klopp turut mendedahkan bahawa perjuangan mereka untuk mencabar kejuaraan liga sudah berakhir.

“Kami merupakan Juara pada tahun lalu dan saya perlu katakan, ‘yeah, ya tuhanku, kami mahu menjadi Juara’, tapi kamu perlu bermain untuk itu, kamu perlu beraksi dengan bagus untuk itu, dan kita tidak memiliki semua itu. Itulah kebenarannya.”

Sambungnya.

“Kita bertarung untuk hal lain, kami bertarung untuk tiga mata. Ia tidak diputuskan lagi siapa yang akan dapatkan tiga mata hujung minggu nanti. Jadi kami harus bermain lebih baik dan kami akan cuba sebaik mungkin. Selebihnya kita lihat saja nanti.”

“Tapi jarak sekarang sama sekali tidak menyenangkan, tapi inilah hasil dari segala usaha yang telah kami lakukan.”

“Jadi apa saja yang boleh kami pengaruhi, ia adalah perlawanan seterusnya, dan itulah apa yang akan kami usahakan.”

“Untuk malam ini memang tidak cukup, kami nampak itu, kami tahu itu, dan kami perlu untuk ubahnya.”

 

No comments:

Post a Comment